23 Ogos 2014 -Di hujung-hujung bulan Syawal, masih ada lagi kengkawan dan saudara-mara yang buat open house, memanggil dan menjemput orang ramai datang bertandang untuk makan juadah raya yang masih ada. Salah satu rumah yang kami pergi ialah rumah kawan lama isteriku - Azah.
|
Kami mulakan dengan memakan buah-buahan tempatan. |
|
Di sebalik pokok mata kucing. |
|
Amier dan Sabriena petik beberapa biji buah mata kucing yang masih muda. Tak sempat aku menegah mereka. Sorry kepada Azah dan keluarga. |
|
Sangat teruja melihat buah-buah bergugusan. |
|
Himpunan pokok cili benggala yang sangat subur. |
|
Amier dan pokok cili. |
Kami memang tak pernah sampai kat situ. Itulah first time kami ke rumah Azah yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn Jaafar Onn Linda Onn. Masa kami sampai tu, tak seorang pun yang kami kenal. Tapi kami main masuk aje, pasal alamat yang tertera pada muka rumah sama dengan alamat yang diberi. Bila dah masuk ke dalam, barulah bertemu dengan Azah yang sedang sibuk melayan tetamu. Kami anak-beranak ambil tempat di suatu sudut meja di luar rumah. Lantas kami layan dirilah makan apa-apa saja yang mampu dicapai oleh tangan kami.
|
Berehat di tangga rumah sebelum pulang. |
|
Menanti mama habis berbual dengan kawan-kawan. |
|
Sabriena lega sebab dah kenyang makan macam-macam. |
Sementara wife aku sibuk berbual-bual dengan kengkawannya, aku, Amier dan Sabriena pergi bersiar-siar di laman belakang rumah Azah. Ada pokok mata kucing yang besar kat belakang rumah. Bukan itu aje, malah pokok mata anjing, mata panda dan mata tenuk jugak ada ditanam di laman rumah. Kami sangat teruja. Selain pokok-pokok yang aku sebutkan tadi, ada jugak pokok salak yang buahnya sempat kami merasa. Buah salak tu pulak ada macam-macam jenis. Ada buah salak selatan, buah pasir salak, dan buah salak anjing. Kami jugak menyaksikan pokok cili benggala turut ditanam di belakang rumah. Subur-subur tanamannya.
Setelah puas makan, especially bihun sup utaranya yang sangat hebat, kami pun mengatur langkah untuk pulang dan beredar dari situ. Lepas ni kami nak pergi rumah kawan lama aku pulak kat sebelah Bangi. Kepada Azah dan keluarga kami ucapkan banyak-banyak terima kasih.
|
Bersama Azah di muka pintu. |
|
Terima kasih banyak-banyak. |
No comments:
Post a Comment