14 Jun 2014 - Malam tu kami tanya ayah, "Nak makan kat mana?" Tanpa banyak berfikir, ayah kami menjawab, "Nasi beriyani kat sebelah Flamingo". Kat sebelah Hotel Flamingo memang cuma ada satu aje kedai nasi beriyani yang popular dan agak besar. Nama kedai tu ialah Restoran Ruz Aladdin. Kami memang biasa makan kat sana. Nasi beriyani kambing dia agak sedap jugak.
|
Menunggu makanan. |
|
Satu, dua, tiga. Makanan pun sampai! |
|
Pinggan besar. Makanan pun banyak. |
Kami ke sana selepas solat maghrib. Semua orang kat rumah tu pergi, melainkan mak aku aje yang stay kat rumah, pasal badan dia tak berapa sihat. Tambahan pulak lagi, mak aku masih belum boleh berjalan. Jadi kami pun ke sanalah dengan perasaan suka hati. Kami perasan tempat tu dah semakin membesar. Menu makanan pun dah semakin berkembang. Walaupun pada asalnya kami datang nak makan nasi beriyani kambing, tetapi bila ternampak masakan asam pedas, terus terliur aku dibuatnya. Tak sanggup aku menengok ikan merah masak asam pedas dia, jugak siput sedut masak lemak kuning. Pergh! Tapi akhirnya aku kembali ke pangkal jalan. Aku tetap order nasi beriyani jugak. Satu pinggan isi kandungannya agak banyak jugak. Kali ni aku makan tak berapa nak habis. Selalunya kalau makan tengah hari memang boleh habis satu pinggan. Makan malam, selera ada kurang sikit.
|
Makan dan terus makan. |
|
Sudah makan, senang hati. |
|
Kembar seiras - makcik & anak saudara. |
|
Ayah dan adikku. |
|
Adik dan ayahku. |
Aku pun tak berapa sure makan malam tu sempena apa. Tapi kalau ikutkan tarikhnya, macam sempena Hari Bapa kot? Dan yang belanja makan tu ialah adik akulah. Tatkala aku dan yang lain sibuk makan nasi beriyani, anak-anak kami pula sibuk makan western food. Ya! Kat restoran ni memang ada jual western food jugak. Tetapi ada cara dia yang tersendiri untuk mendapatkan makanan western. Mula-mula ambil lampu ajaib Aladdin. Lepas tu gosok sampai berkilat. Nanti akan keluar asap yang akan bertukar menjadi Genie. Dan cakap kat dia, "Saya nak makanan western". Tu aje. Tapi korang jangan pulak try kaedah ni. Sah-sah korang tak akan dapat makanan western. Dapat dosa adalah!
|
Bersama ayahku. |
|
Amier dah mengantuk sangat. |
|
Amier terus tidur sambil duduk tegak. |
|
Bersama mama. |
Kami makan dengan bersemangat sekali. Sampai kat hujung-hujung tu, perut kami pun dah mula penuh dan mengenyang. Semakin payah rasanya nak menghabiskan makanan yang ada kat dalam pinggan. Jolok jugak segala makanan yang masih tersisa sampai macam nak muntah. Akhirnya kami beralah. Terpaksalah tapau aje saki-baki makanan yang masih ada di dalam pinggan. Sewaktu kami semua dah selesai makan, ayah aku masih menjamah makanannya secara perlahan-lahan. Dan kami semua pun baliklah dulu bila badan dah semakin penat kerana banyak sangat makan. Adikku menemani ayahku makan sampai habis. Kepada adikku, kami ucapkan banyak-banyak terima kasih. Semoga murah dan berkat rezki, dan dijauhkan dari segala penyakit. Amin.
|
Di dalam suasana speed of light! |
|
Menikmati lenchikang. |
|
Kenyang dan puas. |
No comments:
Post a Comment