26 Julai 2014 - Tiap-tiap tahun pada bulan Ramadhan, aku dan ayah aku akan ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang untuk menziarahi pusara empat orang Allahyarham ini: Allahyarham Yaie (datuk), Allahyarhamah Nyaie (nenek), Allahyarhamah Wak (kakak ayahku), dan Allahyarham Abang (abang aku). Tahun ni ayah aku tak ikut pergi menziarahi kubur. Katanya dia tak berapa larat, pasal jarak dari tempat letak kereta ke pusara agak jauh jugak. Tapi ayah aku memang pesan suruh aku menziarahi jugak pusara-pusara tersebut.
Di tepi pusara Allahyarhamah Nyaie. |
Pusara Allahyarhamah Nyaie yang berwajah baru. |
Di sisi pusara Allahyarham Yaie. |
Aku ajak Syahmie untuk menemani aku. Kami bertahlil ringkas dan baca doa arwah di pusara kaum keluarga kami. Aku perasan pusara Nyaie dah bertukar wajah jadi lebih kemas. Jubin yang pecah-pecah semua telah diganti dengan yang baru. Setelah selesai bertahlil dan berdoa, kami pergi meninggalkan perkarangan tanah perkuburan itu.
Bersebelahan pusara Allahyarhamah Wak. |
Syahmie di tepi pusara Allahyarham abangku. |
Sebelum kami berlalu pulang. |
No comments:
Post a Comment