16 Ogos 2014 - Petang ni kami memang bercadang nak beraya di rumah Abang Leman dan Abang Hj Khalid. Dari
rumah Abang Leman, kami ke
rumah Wak Esbat. Lepas tu barulah kami bercadang nak ke rumah Abang Khalid. Bila kami telefon, Kak Shidah cakap mereka tak ada kat rumah pasal mereka berada di rumah adik Kak Shidah. Ada kenduri aqiqah kat situ. Kak Shidah ajak kami ke sana. Maka kami pun ke sanalah. Di rumah adik Kak Shidah, ada satu juadah yang unik yang tak pernah dibuat orang ketika majlis aqiqah atau open house Hari Raya. Juadah itu adalah yong tau fu. Maka pada kunjungan kami kali tu, yong tau fu lah yang menjadi pilihan kami. Nak makan makanan lain macam dah tak mampu perut nak menerima. Memang kami dah kenyang sangat masa tu. Kalau setakat yong tau fu kira makanan ringanlah tu.
Setelah puas minum-minum dan makan makanan ringan, kami pun mintak diri untuk pulang. Terima kasih kepada semua.
|
Bersama ibu dan anak yang yang buat aqiqah. |
|
Kak Shidah di kiri sekali. |
|
Tahniah kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata. |
No comments:
Post a Comment