16 Ogos 2014 - Dah lama benar rasanya kami tak ke rumah Wak Esbat. Seingat aku baru sekali aje kami ke sana. Itu pun dah berkurun lamanya. Kali ni kami bertandang ke sana atas permintaan ayahku yang nak menziarahi kawan lamanya itu yang dikhabarkan tak berapa sihat. Kami ke rumah Wak Esbat setelah beraya di rumah Abang Leman. Aku tanya Abang Leman hala ke arah rumah Wak Esbat. Setelah mendapat petunjuk, barulah kami bergerak pergi.
Wak Esbat gembira kami datang. |
Bercerita pasal kisah-kisah lama. |
Sangat bersemangat ketika bercerita. |
Kisah zaman kerja. |
Masa kami sampai, Wak Esbat sedang duduk-duduk di bahagian bawah rumah. Kakinya sakit akibat penyakit gaut yang agak teruk. Bukan main heppi lagi Wak Esbat melihat kelibat ayahku. Tak sangka kami akan datang menjenguk beliau.
Wak Esbat banyak bercerita. Kerap dia flashback pasal cerita-cerita lama ketika masih bekerja sama tempat dengan ayahku di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Bila banyak bercerita, Wak Esbat kerap ketawa, dan akan keluar air mata dengan banyak. Mungkin agak emosi. Beliau sendiri yang mengakui keadaannya yang sedemikian. Panjang sungguh Wak Esbat bercerita. Ayahku jadi tukang dengar dengan sabar. Kami dijamu dengan air teh tarik yang kaw. Nak makan, kami dah kenyang pulak pasal dah makan macam-macam masa beraya kat rumah Abang Leman tadi.
Penuh ekspresi. |
Penuh emosi. |
Amier tumpang mendengar, walaupun tak tahu hujung pangkalnya. |
Tak ada aktiviti lain yang boleh dibuat melainkan mendengar kisah silam Wak Esbat. |
"Atuk! Saya ada satu soalan," tanya Amier. |
Setelah agak-agak dah nak maghrib, kami mintak diri dari Wak Esbat. Kami nak ke rumah adik Kak Shidah pulak pasal ada kenduri aqiqah, sambil beraya sekalilah. Dan kami pun berjabat tangan dan mengucapkan terima kasih. Dan Wak Esbat sendiri berterima kasih kepada kami kerana sudi datang menjenguk beliau di rumah.
Break sekejap setelah penat bercerita. |
Sambung bercerita - episod kedua. |
Wak Esbat tak berapa sihat. |
Dia duduk berehat ajelah. |
Ayahku baru nak bukak mulut bercerita kisah dia pulak. |
Dua orang kawan lama. |
Ayahku dan Wak Esbat. |
No comments:
Post a Comment