27 Julai 2014 - Dah lama tak main bunga api. Anak-anak aku pun tak berapa nak merasa main bunga api. Tak macam aku masa kecik-kecik dulu. Ayah aku selalu jugak belikan kami bunga api jenis batang halus. Atau pun kekadang dia beli bunga api yang keluar api warna-warni yang cantik. Tapi mercun, mercun roket, mercum meriam, mercun bola, mercun bom, bom atom, bom tangan dan bom nuklear memang ayah aku tak pernah beli. Cuma aku ada jugak beli mercun roket masa aku dah remaja sikit. Main sorang-sorang kat belakang rumah masa siang-siang hari. Itu aku memang pernah buat. Tapi kesemua jenis mercun yang aku main tu adalah mercun buatan orang lain. Aku tak pulak pernah main mercun buatan sendiri. Sebab aku kalau buat mercun sendiri memang dah sah-sah aku taruk serbuk belerang lebih sikit, magnesium, kalsium dan plutonium, semua aku akan letak. Campur semua sekali. Itu yang aku tak berani buat tu. Takut meletup satu taman perumahan pulak.
|
Syahmie menunjukkan kepakarannya membakar dua batang bunga api sekali gus. |
|
Anak dan ibu bermain bunga api dengan riang gembiranya. |
|
Yana turut teruja dengan bunga api di jemarinya. |
|
Farid membakar sekepuk bunga api sekali gus. Lepas tu dia jerit, "Panas! Panas!" Lantas dilemparkan bunga api itu ke tanah. |
Pada satu hari tu, aku cakap dengan Amier, "Jom malam nanti kita main bunga api". Kat rumah aku ada sedikit stok bunga api dari tahun-tahun sudah yang aku cilok dari rumah kakak ipar aku. Tak taulah masih boleh dinyalakan lagi atau tidak. Dah berhabuk. Penuh melitupi bunga api tu. Entah macam mana, siang tu, wife aku turut membeli bunga api dari penjual di tepi jalan. Maknanya memang sah-sahlah kami akan berpesta bunga api malam nanti. Itu tak ambil kira bunga api yang Farid beli lagi. Entah kenapa, tahun ni banyak pulak bunga api yang perlu kami nyalakan. Tahun-tahun lepas tak pulak macam ni. Kami memang jarang sangat main bunga api. Apa lagi membelinya.
|
Bunga api yang dilemparkan Farid. |
|
Yana ada tiga bunga api. Korang ado?! |
|
Farid main bunga api sampai api tu tukar kaler jadi black and white. |
|
Adik aku siap ber-selfie sambil bermain bunga api. |
|
Pacakkan bunga api di pasu bunga pulak. |
|
Bunga api di sebelah pokok bunga. |
Malam tu kami memang buat pesta bunga api kami sendiri. Taklah gempak macam bunga api KLCC, atau bunga api Putrajaya. Tapi memandangkan kami ni memnag dah lama sangat-sangat tak main bunga api, maka jenis bunga api yang kecil kemetot pun dah mampu membuatkan kami sangat teruja dan seronok. Maka bermulalah episod kanak-kanak Ribena di suatu jalan raya di kawasan perumahan yang hening. Kami main sampai habis semua stok bunga api. Macam syiok aje, walaupun masanya sangat singkat. Bila dah puas jadi orang dewasa, sesekali jadi budak-budak pun ada seronoknya. Kaaannn!
|
Farid melancarkan 20 das tembakan bunga api kaler-kaler ke udara. |
|
Wanie dengan gaya bunga apinya yang tersendiri. |
|
Yana suka main bunga api. Hari-hari Yana main bunga api. |
|
Wanie pun suka main bunga api. Tapi Wanie tak main bunga api hari-hari. Tak macam Yana. |
No comments:
Post a Comment