14 Julai 2018 - Jom aku bawa semua orang ke kisah dua tahun yang lalu. Kalau tak silap aku masa tu jatuh bulan Syawal tahun 2018 kot. Kalau salah, sorry aje lah ya? Aku dan keluarga telah pergi melawat sepupuku, Izhar Ismail yang duduk kat Shah Alam. Best nya lepak dekat situ sebab ada beberapa perkara ini: ada kucing comel yang gebu, ada piano untuk kami main lagu (walaupun tak pandai sangat sebenarnya), dan ada sungai depan rumah yang ada banyak ikan yang membolehkan kami memancing. Tapi biar kami settle-kan urusan kami satu per satu.
Mula-mula borak-borak dulu dengan sepupuku dan makcik aku yang ada di situ. Lepas tu makan-makan juadah yang dihidangkan. Memang sentiasa luar biasa enaknya. Lepas tu barulah layan diri buat benda-benda lain.
Sewaktu aku dan famili tengah khusyuk makan juadah, tetiba ada orang bagi salam. Rupanya ada tetamu lain yang datang berkunjung. Tetamu itu pun dijemputlah duduk kat meja makan untuk sama-sama menikmati hidangan yang lazat yang terletak di atas meja. Muka tetamu tu macam familiar. Macam pernah kulihat, tapi entah di mana ya? Tiba-tiba Izhar bersuara, "korang berdua ni kenal antara satu sama yang lain ke? " Izhar nampak kami ni berkawan dalam facebook. Setelah aku dan tetamu itu berfikir panjang (dekat tiga hari tiga malam jugaklah lamanya kami berfikir) barulah kami dapat jawapannya. Rupa-rupanya kami dulu sama-sama belajar di University of Nebraska, Lincoln. Nama dia Jamil, senior aku setahun. Dan Jamil tu pulak, bukannya cik abang yang ada tiga isteri tu, tapi dia jiran kepada Izhar. Semua persoalan akhirnya terungkai tanpa melibatkan FBI.
Oleh kerana aku ni pendiam sikit, jadi kami tak banyak berborak. Setelah seketika di meja makan, aku mintak diri untuk ke depan rumah untuk memulakan aktiviti memancing ikan di sungai. Dah lama aku idam-idamkan saat-saat ini sebenarnya. Berumpankan cacing dan roti, kami berjaya menaikkan beberapa ekor ikan tilapia dan ikan oren saiz agak kecil. Tak kisahlah, janji dapat ikan. (Tapi gambar-gambarnya kat telefon wife aku dan sampai sekarang masih tak dapat dikesan. Hehehe...)
Anak-anak pula bermain di taman permainan kanak-kanak yang berdekatan. Setelah puas memancing dan bermain, barulah kami minta diri untuk pulang. Bersalaman dengan Izhar dan Jamil dulu sebelum pergi. Terima kasih kepada sepupuku kerana memberikan layanan yang baik kepada kami. Dan kepada teman lamaku, Jamil - insya Allah kita akan bersua pada reunion alumni NUMSA akan datang di Bangi.
Jamil sedang makan sambil mendengar Izhar bercerita. |
Izhar serius mendengarkan Jamil bercerita pula. |
Aku bersama Izhar dan Jamil. |
Bye-bye! Jumpa lagi!! |
No comments:
Post a Comment