Bahagian 1
Assalamualaikum pembaca budiman sekelian. Terdahulu aku ingin memohon kalian menghadiahkan bacaan surah Al Fatihah kepada Allahyarham ayahku, Matari Abdul Rahman yang telah kembali ke Rahmatullah pada 28 Februari 2016, kira-kira dua bulan setelah trip Cameron Highlands ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh, para syuhada dan para mukhlisin.
24-25 Disember 2015 - Cuti sekolah hujung tahun datang lagi. Menghampiri musim Krismas, kami masih belum lagi bercuti ke mana-mana. Lalu isteriku mencadangkan untuk kami bercuti di tempat sejuk. Tempat yang dimaksudkan ialah Cameron Highlands. Kali terakhir isteriku pergi ke Cameron Highlands ialah ketika zaman bujangnya, ketika masih bekerja di Jaya Jusco. Dan aku pula, kali terakhr ke sana ialah sewaktu aku masih kecil, pada awal tahun 70an. Masa itu kami pergi dalam satu rombongan besar bersama keluarga Allahyarham pakcikku, Pakcik Udin.
Plan asal nak ajak seluruh isi rumah untuk ke sana. Tapi kena ada sekurang-kurangnya dua keretalah. Kami siap dah plan nak sewa teksi kawan kami untuk ke sana. Tetapi ibuku hendak berehat di rumah saja. Allahyarham ayahku pula bila kuajak, berasa sangat teruja. Jadi percutian kali ini adalah bersama Allahyarham ayah.
|
Kami di masjid di Simpang Pulai. |
|
Solat dulu sebelum mendaki. |
|
Bilik apartment kami di Copthorne Cameron Highlands. |
|
Sebahagian beg pakaian yang kami bawa. |
|
Bersama Allahyarham ayah. |
|
Amier sangat seronok di sini. |
|
Bilik ini seperti dipasang aircond sepanjang hari, walaupun sebenarnya tidak. |
|
Allahyarham ayah yang keletihan terus berbaring di atas katil. |
|
Syahmie baru nak menyesuaikan diri dengan suasana di Cameron Highlands. |
|
Esok paginya kami bangun awal. |
|
Kami nak bersarapan dulu di bangunan utama hotel. |
Kami bertolak dari rumah pada sebelah petang. Kami memilih laluan dari Simpang Pulai yang lebih santai dan kurang berliku (kata oranglah). Kami tiba di Simpang Pulai hampir waktu maghrib. Selesai solat barulah kami teruskan perjalanan kami mendaki bukit menghala ke destinasi.
Aku memandu di dalam gelap malam, dan di dalam hujan yang tidak begitu lebat. Tanpa terburu-buru, kereta kupandu agak perlahan kerana jalannya berliku dan basah, serta licin. Dan sesekali akan ada kenderaan lain yang datang dari arah yang bertentangan. Aku perlu sangat berhati-hati. Tak boleh leka. Tak boleh mengantuk. Tak boleh hilang fokus. Perkiraanku ketika memandu perlu logik. Mujur juga memandu pada waktu malam yang gelap. Jalanku turut dipandu oleh lampu-lampu kenderaan yang dipasang. Kami akhirnya tiba juga di destinasi - Copthorne Cameron Highlands yang terletak di Brinchang. Kami berehat secukupnya pada malam itu. Esok pagi kami akan memulakan lawatan kami ke merata tempat di tanah tinggi yang dingin ini.
Bersambung...
|
Kami ke sini menaiki Exora. |
|
Breakfast time. |
|
Pesan telur omelette dan scramble dari chef. |
|
Menikmati sarapan pagi yang enak. |
|
Berselera betul anak-anak Papa ni. |
|
Allahyarham ayah makan telur omelette juga. |
|
Syahmie memang rajin berkhidmat untuk Allahyarham datuknya. |
|
Masa ni Sabriena memang sangat bulat. Hehehe... |
|
Macam-macam yang Sabriena nak makan. |
|
Wanie bersarapan bersama Mama. |
|
Amier memang suka makan. Banyak makanan yang dimakan. |
|
Wanie ambil juadah yang lain pula. |
|
Pan cakes in the plate. |
|
More and more pancakes in the plate. |
|
Allahyarham ayah sangat-sangat menikmati makanan paginya. |
|
Syahmie dan Wanie dah selesai makan. |
|
Sabriena bersama Mama. |
No comments:
Post a Comment