m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, June 8, 2021

Durian Kalumpang: Mandi dan makan dalam terang

 Bahagian 4 (Akhir)

6 Julai 2019 - Malam dah memancing, siang pun dah memancing. Okay. Kita stop dulu cerita pasal memancing. Masa untuk bersarapan bersama keluarga, teman anak-anak mandi-manda di swimming pool, dan kemudian bersiap sedia untuk berkemas pulang.

Dari kolam ikan, aku terus ke sebelah swimming pool untuk sarapan. Ahli keluarga yang lain dah selesai makan pagi pun. Cuma aku aje yang baru terhegeh-hegeh nak cari pinggan dan makanan. Lepas memancing barulah perut berasa lapar. Pagi itu kami makan nasi goreng spesel. Banyak jugak aku makan.

Masing-masing baru selesai sarapan.

Brgitu juga dengan Abang Wahab dan Kak Sapiah.

Perut dah kenyang.

Amier makan nasi goreng berulamkan petai kertas.

Sodapp betuuulll!!!

Azirah dan Umminya.

Ardy meihat anak-anak bermain air.

Anak-anak kecil terus salin baju mandi dan terus terjun ke dalam swimming pool yang airnya sangat sejuk dan dingin. Seronok betul mereka bermain dan berenang di dalam air. Kami juga seronok melihat anak-anak seronok bermain air. Splash splish splush! Antara ramai-ramai yang berenang di situ, aku tengok Zarith lah yang paling daring dan berani. Terjun dalam air sangat konfiden. Tak takut air langsung!

Anak-anak  bermandi-manda di kolam renang.

Kolam renang ini adalah tarikan terbaru di sini.

Terjunan papan anjal.

Zarith paling berani sekali.

Tak cukup dengan sarapan nasi goreng dan berenang di kolam renang, kami dijamu pula dengan durian Kalumpang yang sangat hebat. Inilah acara kemuncak dalam sesi percutian pada kali ini. Tak taulah berapa biji durian yang dipersembahkan kepada kami. Satu-satu buah durian dikopek kulitnya. Ada isi putih. Ada isi kuning. Ada isi oren. Tak kisalah warna apa sekali pun, semuanya enak-enak belaka, dan cukup power. Kami pun melayan tekak kami berterusan sehingga habis semua durian kami kerjakan. Ada beberapa biji durian yang kami bawa balik untuk dibagi kepada Ibu di rumah merasanya.

Durian sudah mari!!!

Hafez sedang memilih baka durian yang paling power di Kalumpang.

Masa untuk menikmati keenakan buah durian.

Isteriku memegang durian yang paling terbaik di Kalumpang.

Inilah durian-durian terpilih - terbaik di antara yang terbaik.

Sabriena seronok dapat makan durian yang enak.

Nyomp nyomp nyomp.

Sama-sama makan durian sambil menikmati pemandangan yang indah.

"Jom kita bedal semua durian kat atas meja ni".

Abang Wahab masih tekun makan durian.

Memilih durian dengan isi yang paling tebal dan lemak.

Anak-beranak penggemar durian.

Akhirnya tengah hari pun menjelang. Waktu tu kami semua dah siap berkemas untuk pulang. Kami dijemput untuk makan tengah hari dulu sebelum pulang. Jadi kami pun makanlah juadah masakan melayu kampung yang sangat enak. Lauknya ialah ikan-ikan yang kami pancing malam semalam. Ikan-ikan itu semua digoreng garing, cukup asam garam dan kunyitnya. Memang sangat sedap. Tak terasa hanyir langsung. Ikan segar yang digoreng memang laris pada tengah hari itu. Enak bukan kepalang!

Selesai makan, kami minta diri untuk pulang. Bersalam-salaman dengan semua ahli keluarga. Kami juga secara khusus mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Abang Hasni dan Kak Ogie kerana telah melayan kami dengan baik, dan menghidangkan kami dengan makanan dan buah-buahan segar dari pohonnya. Insya Allah kalau tiada aral, kami akan berkunjung lagi ke sini. Tunggulah sehingga tamat musim PKP dan sehingga kita berjaya memerangi dan menangani pandemik covid-19 ini.

T A M A T

Masa untuk makan tengah hari.

Lauk ikan segar yang digoreng memang power.

Adik-beradik makan apa tu?

Berselera sungguh Zarith makan.

Makan ayam ke tu?

Kak Enon dan anak-anak makan tengah hari di satu sudut ruang.

Makan sambil menikmati bunyi air.

Pucuk ubi rebus pembuka selera.

Masakan ala kampung pedalaman.

Kenikmatan makan tengah hari yang tidak terungkap.

Kak Ogie, Ienah, Kak Uda, Abang Hasni dan Abang Zahid makan bersama semeja.

Saksikanlah betapa menyelerakan sekali ikan goreng ini. 

Gulai ikan yang tak kurang hebat dan enak.


No comments:

Post a Comment