m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, February 27, 2019

Reunion Alumni NUMSA: Setelah kira-kira 30 tahun

Bahagian 1

23 Februari 2019 - Cadangan untuk mengadakan reunion kawan-kawan bekas pelajar / alumni NUMSA (Nebraska University Malaysian Students Association) telah wujud sejak awal tahun lagi. Katanya ini perjumpaan kali ketiga. Kali pertama dan kedua aku tak hadir. Kali ini jemputannya dibuat melalui grup whatsapp. Maka sambutannya lebih menggalakkan. Kempennya pun dibuat besar-besaran. Semua bekas pelajar University of Nebraska, USA dikesan menggunakan anjing pengesan. Nombor telefon masing-masing dimasukkan ke dalam grup whatsapp ini. Dari yang super senior, sampailah yang super junior - semua ada dalam grup ini. Matlamatnya ialah untuk menyatukan kembali kami yang telah terpisah lama. Ala-ala jejak kasihlah gamaknya. 

Sejak tersebarnya kempen reunion ini, aku memang dah berazam untuk hadir memeriahkan majlis. Cuma aku masih tak dapat memastikan kehadiran aku kerana mungkin terpaksa ke Raub, ke sekolah anak, yang memang telah menjadi rutin mingguanku sejak sebulah dua ini. Namun aku bernasib baik. Pada malam acara, aku dapat juga menjengah ke Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi untuk bersama teman-teman lamaku. Isteriku turut kubawa bersama pada malam itu.

Reunion NUMSA kali ke-3.
Semeja dengan kami - Pi'ee dan Atong.
Semua dah selesai makan.
Sedang dengar taklimat dari AJK.
Sesiapa yang lapar boleh terus makan. Poi dan Nordin senior aku kat MRSM Pengkalan Chepa.
Che Mansor pun senior kat MRSM PC juga. Partner Razif (Suhaimi) tak dapat hadir.
Yang aku cam cuma Hissan, Halim dan TSD Azlan aje.
Semua kelihatan tenang.
Nasar Othman school mate aku kat MRSM PC.
Raja dan Yus. Kalau jumpa kat mana-mana memang aku tak kenal rasanya.
Datuk Azizi pun ada sama.
Kami sampai ke lokasi agak lewat. Kira-kira jam 9.30 malam. Yang lain semua telah selesai makan. Tapi kat meja hidang, aku tengok makanan masih berlambak lagi. Kalau aku tahu macam ni punya banyak makanan yang dihidangkan, sudah tentu aku akan bawak mangkuk tingkat, bekas tupperware, plastik dan periuk untuk kubawa pulang makanan yang banyak itu. Setelah mendaftar, aku dan isteri terus duduk di sebuah meja yang hampir dengan pintu masuk. Semeja denganku ialah Pi'ee, Atong dan Sis Haslina serta suaminya. Aku dan isteri ambil makanan ala kadar aje dulu. Bagi enjin panas dulu. Bila dah cukup panas barulah kami akan makan macam ikan piranha!

Firdaus - kali terakhir aku nampak dia keluar kat tv.
Mizi - kami sempat main tenis sekali di Kompleks Jalan Duta. Bila nak repeat?
Aku sangat teruja bila dapat berjumpa dengan teman-teman yang pernah duduk serumah dengan ku dulu. Antaranya ialah Malek, Che Mansor (tumpang rumah) dan Azlan (Tan Sri Datuk), serta geng-geng keluar jemaah seperti Abang Shahrir, Firdaus, Razif, Mahmud (Ustaz), Azman Hargus, Badri, Naza, Said, Halim, Nasar Othman, dan ramai lagi sebenarnya. Serta tak ketinggalan geng-geng buat Architecture seperti Mahzan, Rahim, Raja, Mael, Zaan, Masrina dan ramai lagi. Tapi sebenarnya, majoriti aku dah tak cam wajah mereka. Ada yang aku memang tak kenal langsung. Aku terpaksa baca nama kat name tag yang diberi kepada kami. Faktor usia pun ya juga. Aku rasa ramai jugak yang tak kenal atau cam aku. Tapi inilah tujuan reunion pun sebenarnya.

Dalam pada NUMSA buat reunion di dewan meriah ini, wife aku pun rupa-rupanya ada buat mini-reunion-nya sendiri dengan teman-teman sepejabat dari Talisman dan Repsol - Nazar dan Malek. Yang paling kami tak sangka sekali ialah Maleklah. Aku tak tau Malek kerja sepejabat dengan isteriku. Dan isteriku pulak tak tau aku dan Malek dah lama berkawan dan saling mengenali. Kah kah kah... Dunia ni kecil, kan?

Bersambung...

Mini-reunion - Talisman-Repsol.
Bersama Nazar dan Malek.
Shy dan Ustaz Mahmud pun ada. Aku selalu juga terserempak dengan Ustaz Mud kadang-kadang.
Wefie sekejap.
Khusyuk mendengar ucapan.
Shy serius membaca mesej.
Ustaz Mahmud pun senior aku kat MRSM PC jugak. Kami mula rapat masa kat Nebraska lah.
Jamil jiran cousin aku rupanya. Ba pulak dah hilang afronya.
Wajah-wajah ceria.
Antara yang ada di meja hadapan.
Ba, Azman Hargus dan Badri Khan.
Satu meja, satu impian.

No comments:

Post a Comment