Bahagian 1
Saya mulakan dengan mengajak seluruh pembaca yang budiman menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada ahli keluarga yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya, ke alam abadi. Khususnya buat kekanda kami Allahyarhamah Kalsom Binti Atan yang gambar beliau ada dipaparkan di dalam sebahagian episod kisah kali ini. Al-Fatihah...
6 Julai 2019 - Sepanjang tempoh PKP sejak March 2020 lalu, tak banyak aktiviti yang mampu dilakukan oleh kita semua. Pergerakan dan aktiviti sangat terhad. Kalau ada pun, dengan melaksanakan SOP yang sangat ketat. Pastinya tidak semeriah seperti waktu dulu-dulu. Tapi inilah sedikit pengorbanan yang seluruh rakyat Malaysia wajar lakukan untuk manfaat pada masa hadapan, demi memerangi wabak covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini.
Jadi, sudah pasti yang akan aku kisahkan pada kali ini adalah kisah lama. Kisah tahun 2019. Kisah keseronokan ketika berkumpul bersama di Kalumpang. Begini kisahnya. Kami mendapat mesej melalui grup whatsapp famili, "Jom datang Kalumpang makan durian!" (lebih kurang macam tulah tulisannya). Bila terbaca aje ajakan dari kakak iparku, Kak Ogie, kami semua terus bersemangat dan meleleh air liur kerana terbayang wajah durian Kalumpang yang memang sudah tersohor dengan keenakan sejatinya. Resort birasku, Abang Hasni di Kalumpang memang terdapat banyak pokok durian yang sedang galak berbuah. Pokok-pokok durian ini menghasilkan buah-buah yang berkualiti tinggi. Yang sangat enak dan berkhasiat. Kaya dengan vitamin C, vitamin A, B, D, E, F, G, H....... sampai Z. Dan padat dengan fiber dan zat galian seperti zat besi, kalsium, magnesium, kuprum, aluminium, titanium, plutonium, dan kriptonite. Malah kulit durian Kalumpang juga boleh dibuat masak sayur. Potong dadu, rebus atau tumis sampai empuk. Terus boleh dimakan. (Siapa yang tak ada kerja, bolehlah try. Aku tak kan cuba punya. Keh keh keh....).
|
Allahyarhamah Kak Long dan Abang Zai sedang makan malam bersama. |
|
Makan nasi goreng kicap manis berlaukkan telur goreng mata kerbau. |
|
Hani dan atuknya, Abang Wahab. |
|
Kak Sapiah kenyang makan durian. |
|
Amier sedang sibuk menghubungi kawan-kawan sekolahnya. |
|
Ardy akan makan bila perut lapar. |
|
Abang Zahid dan Kak Uda pun sedang makan juga. |
|
Nurin kata dia dah makan nasi goreng dua pinggan, dua kali tambah, dan dua hari berturut-turut. |
|
Hafez sedang bersiap sedia untuk menjadi Ironman, menggantikan Robert Downey Jr. |
|
Kak Sapiah memetik buah rambutan gading dari tangkainya. |
|
Allahyarhamah Kak Long dan Kak Ogie berbual adik-beradik sambil makan malam. |
|
Sabriena dah makan, Sekarang dia heppi. |
|
Ironman Hafez baru nak makan. |
|
Isteri aku pun dah sudah makan juga. |
Kami sampai Kalumpang sekitar waktu maghrib. Selepas masuk bilik, dan solat maghrib, kami ke pinggir swimming pool dan bersedia untuk makan malam. Sebelum itu, kami dijamu dengan buah-buahan rambutan gading gajah dari Afrika. Lepas tu makan nasi goreng special. Makan ramai-ramai ketika lapar, sangatlah menyelerakan, walaupun di dalam gelap.
Resort atau bilik kami terletak di lereng bukit yang cerun. Suspen juga nak drive kereta di atas ramp yang sangat curam. Tapi sangat penuh adventure-nya. Satu famili dapat satu bilik yang ada beberapa buah katil. Suasana bilik sangat dingin. Airnya sejuk dan menyegarkan. Kali ini kami duduk percuma, Birasku, Abang Hasni belanja kami semua.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment