m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, June 22, 2021

Raya di ofis Mott: Banyaknya juadah!

Bahagian 1

5 Ogos 2015 - Kali ni aku nak gostan, reverse ke masa silam. Kisah enam tahun dulu. Kisah tahun 2015. Kisah di ofis lama. Di ofis Mott MacDonald yang terletak di Bangsar South. Aku dan beberapa lagi staf dari ofis Neuformation Architects telah ditempatkan di ofis Mott MacDonald ini untuk memudahkan proses koordinasi ketika kami membuat projek MRT Jajaran 1 dulu. Kalau tak silap aku dekat tiga tahun juga kami bermukim di ofis Mott MacDonald. Selain aku, Ahmad, Salam dan Faiz turut bersamaku di Bangsar South.

Okay, sekarang aku nak bercerita pasal sambutan perayaan raya aidilfitri pada bulan Syawal bersama staf-staf Mott MacDonald. Dari pemerhatian aku, budaya bekerja di ofis Mott (singkatan kepada Mott MacDonald) sangat tertib dan fokus. Sampaikan kadang-kadang boleh bergaduh besar dibuatnya bila berbincang pasal kerja. Ofis ini memang ramai mat saleh. Tetapi orang local pun banyak juga. Multi-racial. Syarikat yang beribu pejabat di United Kingdom ini turut mengamalkan budaya meraikan perayaan yang disambut oleh kaum-kaum dan agama lain di Malaysia. Membuat jamuan sempena raya aidilfitri adalah salah satu daripada acara tahunan yang diamalkan di sini.

Makanan yang terhidang di atas meja di bilik mesyuarat.

Salasiah a.k.a Sha sedang melabel makanan supaya tak keliru.

Shukor berasa sangat besyukur kerana dapat mensyukuri nikmat makanan yang diberi Ilahi.

Abi tak sabar-sabar nak makan makanan kegemarannya - roti canai banjir special.

Abi sedang menenangkan dirinya seketika. Di belakang Abi adalah Mr Tang.

Sha menjadi koordinator makanan pada tengah hari itu.

Nampak gayanya semua in order.

Sebahagian staf Mott yang meraikan jamuan makan ini. Kelihatan Roy sedang mengambil gambar.

Mega dan teman sebejabatnya (lupa dah siapa namanya).

Roy berasa terancam ketika menghidu bau makanan yang sangat powerful.

"Kau, kau, kau, makan kat sana. Yang lain ikut aku makan kat sini," Sha memberikan arahan.

Hamed dan Michael juga ada di sini.

Teman arkitek kami dari Iran sempat mengambil gambar makanan kegemarannya.

Menanti dengan sabar, saat makanan boleh dijamah.

Pada tengah hari itu, ketika aku dan kawan-kawan dari Neuformation sedang khusyuk membuat kerja dengan tekun, kami telah diajak oleh teman-teman dari ofis Mott untuk makan tengah hari di bilik mesyuarat. Kami berasa ragu juga. Tak tahu apa yang sedang berlaku. Bila kami sampai di bilik mesyuarat, alangkah terkejut beruk matyeh nya kami bila mana terlihat sebegitu banyak sekali makanan yang terhidang di atas meja. Penuh. Sampai tak muat meja. Bau makanan pun bukan main semerbak lagi. Aku tak pasti sama ada makanan ini ditempah oleh ofis Mott sendiri, atau dibawa secara pot luck. Atau mungkin gabungan di antara kedua-duanya. Aaaaaarrrgghhh... Persetankan itu semua (baca dengan nada marah - kononnya). Yang penting ada banyak makanan di sini. Kami perlu "membantu" staf Mott untuk menghabiskan makanan-makanan ini. Kalau tidak, sudah tentu akan terbazir makanan ini semua. Dan bukankah membazir itu amalan yang dilarang! Maka tanpa membuang masa lagi, walau sesaat pun, walau sedetik pun, kami terus menyelam ke dalam lautan makanan yang pelbagai itu.

Bersambung...

Shukor dan Dzul. Dzul juga merangkap juru kamera dalaman. Aku pula sebagai juru kamera luaran.

Abi sedang menyanyikan lagu hari raya agaknya.

Michael lengkap berbaju Melayu serba hitam. Memang dialah yang paling bersemangat sekali.

Antara juadah pada hari itu - ayam masak merah.

Ayam masak merah dan jelatah (atau acar mentah).

Apa bila wisel dibunyikan, berasak-asaklah semua ke arah meja hidang.

Mr Tang mencapai roti canai dulu. Makanan yang lain tak begitu penting baginya.

Gembira bukan main Mr Tang bila berjaya mendapatkan roti canai pertamanya.

Inilah roti canai perasa strawberi dan perasa durian yang terulung dan terhebat.

Aiman dan Man masin-masing berebut mendapatkan kuah lodeh untuk dimakan bersama nasi himpit.

Satu senduk besar kuah lodeh masuk ke dalam mangkuk. Dan kemudian masuk ke dalam perut.

Hamed ambil sepotong lemang. Tapi tak sampai hati hendak memakannya.

Rupa lemang ini terlalu comel untuk dimakan.

Anna Feher yang berasal dari Hungary sedang lapar dan hungry. Lantas mencapai sekeping roti canai.

Roti canai adalah pan cake Malaysian style.

Ada juga yang lebih berminat untuk makan nasi himpit dengan kuah kacang.


2 comments:

  1. I AIDI ITS ME FEROZ FROM INDIA
    YOU MISS US

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Ali. Hope you're doing fine. Nice to hear from you.

      Delete