Bahagian 4
25 Disember 2015 - Kunjungan ke ladang strawberi memang menghampakan. Namun terubat juga hati ini setelah dapat menikmati keenakan rasa aiskrim berstrawberi yang kami beli di gerai berhampiran. Kini kami ke destinasi yang selanjutnya - Taman Rama-rama dan Serangga. Di sini kami bagaikan artis. Ke mana saja kami pergi, rama-rama dan kupu-kupu akan berpusu-pusu terbang ke arah kami seperti mahu bergambar dengan kami. Kami hulurkan tangan dan jari. Dan rama-rama dan kupu-kupu pun singgah hinggaplah di atas jari-jari kami. Seronoknya!
Bersambung...
![]() |
| Kami sedang memerhati kepompong yang tergantung di atas papan. |
![]() |
| Menanti keluarnya rama-rama yang cantik dari kepompong-kepompong ini. |
![]() |
| Teruskan berjalan mencari rama-rama. |
![]() |
| Sabriena bukan main heppi sambil menggigit botol susu. |
![]() |
| Amaran buat pengunjung agar tidak menangkap rama-rama. Tetapi bagaimana pula kalau rama-rama yang menangkap kami? |
![]() |
| Rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. |
![]() |
| Kami di sebelah "kaktus bersurat" (ala-ala batu bersurat jugalah). |
![]() |
| Nama "Wani" tertulis di sini. |
![]() |
| Daun-daun pokok ini dah togel dimakan ulat rama-rama. |
![]() |
| Tiba-tiba seekor rama-rama singgah ke tubuhku. |
![]() |
| Aku jadi terkaku. |
![]() |
| Sedikit salah langkah akan menyebabkan rama-rama itu menyerangku. |
![]() |
| Seekor rama-rama sedang menghisap madu bunga ungu. |
![]() |
| Alamak! Rama-rama ini dah mula berasa terancam dan akan memulakan serangan balas. |
![]() |
| Sabriena dalam kekaguman memerhati seekor rama-rama biru. |
![]() |
| Sabriena terpukau dengan kecantikan rama-rama ini. |
![]() |
| Sedikit pun Sabriena tak gentar. |
![]() |
| Kerana botol susu ajaib berada di giginya. |
![]() |
| Rama-rama hinggap di jari isteriku pula. |
![]() |
| Isteriku tenang menerima sapaan si rama-rama. |
![]() |
| Antara pokok ekzotik yang ditanam di situ. |
![]() |
| Nak tanam pokok baru gamaknya. |
![]() |
| Tumbuhan di Cameron Highlands memang segar-bugar semuanya. |
![]() |
| Aku sedang memerhatikan tulisan pada dahan kaktus. |
![]() |
| Ada kod rahsia yang sedang cuba aku rungkaikan. |

























No comments:
Post a Comment