m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 14, 2021

Bintulu: Menghirup udara Sarawak

Bahagian 1

9 Ogos 2018 - Musim PKP adalah musim yang sangat sesuai untuk aku mengeluarkan kisah-kisah lama yang tersimpan dan terpendam dalam koleksi "external hard disk" ku. Kurang tiga tahun dulu, majikanku telah menghantarku ke Bintulu, Sarawak. Ini adalah sebahagian dari syarat kelayakan bagi tujuan mendapat tender projek berkenaan. Tanpa aku perlu banyak berdolak-dalik, biar terus terang aje aku katakan, kami tak dapat pun projek tu. Tapi tak apa. Insya Allah ada rezeki lain yang sedang menuju ke arah kami.

Selain aku, seorang jurutera M&E, Mr Muthu turut sama ke Bintulu untuk sama-sama melihat tapak projek. Kebetulan kami naik pesawat yang sama - Air Asia. Kami berangkat pada waktu pagi. Tak pula aku ingat jam berapa. Penerbangan dari KLIA ke Bintulu mengambil masa kira-kira dua jam lebih kot. Sampai di Bintulu kira-kira hampir tengah hari.

Aku tidak bersendirian ke sana. Aku ditemani oleh isteriku. Dan Mr Muthu pula ditemani oleh isterinya. Isteriku memang cekap bab-bab merancang perjalanan. Dialah yang telah membuat booking hotel, dan kereta sewa untuk kami gunakan di Bintulu nanti. Lawatan tapak sebenarnya cuma beberapa jam sahaja, dan ada sedikit briefing oleh pihak klien. Mr Muthu dan isteri telah menempah tiket pulang pada malam hari yang sama. Sedangkan aku dan isteri bercadang untuk tidur satu malam di Bintulu, dan hanya pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan malamnya.


Baru menjejakkan kaki di tanah Bintulu.

Baru turun dari kapal terbang.

Dah sampai airport.

Nak cari tempat lepak kejap.

Bergerak menuju ke tempat yang lebih santai.

Jom cari kafeteria.

Kita ngeteh dulu.

Cuaca di Bintulu tak jauh beza dengan cuaca di Kuala Lumpur. By the way, ini adalah kali kedua kami berkunjung ke Sarawak. Tetapi dulu kami ke Kucing. Di lapangan terbang, kami terus menelefon ejen yang menguruskan kereta sewa kami. Kami dapat sebuah kereta Perodua. Tak ingat aku modelnya apa. Selepas minum-minum di lapangan terbang, kami terus bergerak ke hotel ParkCity Everly Hotel yang terletak di sebelah pantai. Di hotel, kami duduk berehat seketika sebelum keluar ke Promenade untuk besiar-siar melihat pantai dan laut. Pukul 2.30 petang nanti aku perlu bergegas ke tapak projek untuk mendengar briefing oleh pihak klien. Masih ada beberapa jam untuk kami beriadah dan mencari tempat makan tengah hari nanti. Namun semuanya perlu disegerakan agar tidak kelam-kabut nanti.

Bersambung...

Pemandangan dari dalam bilik hotel.

Di promenade. Cantik pemandangannya.

Langit dan lautnya nampak kebiruan.

Kawasannya juga bersih dan terjaga.

Dan juga berangin.

Nasib baik aku tak bawa joran. Kalau tak, memang aku tak pergi tapaklah petang tu gamaknya.

Sudah tentu aku akan sibuk memancing ikan. Atau udang galah.

Seronok berada di kawasan yang macam ini.

Kawasann ini agak terlindung, maka ombak lautnya tak begitu besar.

Tak ramai orang yang ke sini, terutama di tengah-tengah panas macam ini.

"Bintulu Waterfront Promenade".

Di sebelah papan tanda.

Alamak! Baru aku perasan - ada tulis "NO FISHING" daaa...

Jomlah balik ke hotel.

Kejap lagi nak cari tempat makan kat bandar pulak.

Aku rasa inilah makanan yang dimakan oleh isteriku. Aku makan nasi campur.


No comments:

Post a Comment