m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, July 1, 2021

Cameron Highlands: Dari taman haiwan ke taman bunga

Bahagian 5

25 Disember 2015 - Taman rama-rama yang kami pergi tu bukan hanya ada rama-rama, tetapi juga ada haiwan-haiwan yang lain. Dari jenis yang kecil. Yang comel. Yang tak ganas. Yang boleh dibelai-belai. Antaranya termasuklah arnab, katak, kura-kura, belalang daun gergasi, cicak gecko, labah-labah tarantula, hedgehog dan  beberapa jenis haiwan kecil yang lain. Haiwannya taklah begitu banyak. Sekadar buat syarat aje. Anak-anak memang suka tengok haiwan kecil seperti ini. Orang dewasa lebih suka tengok haiwan yang besar-besar seperti gajah, badak, tenuk, zirafah, singa dan harimau. Kalau ada ikan paus biru bersalut tepung lagilah cantik. Apakan daya, ruang taman ini terlalu terhad dan bercerun curam, maka kami layan sajalah binatang apa yang dipersembahkan kepada kami.

Arnab bulu panjang antara yang ada dibela di sini.

Tengoklah arnab yang cuma beberapa ekor ini sampai bosan.

Lepas itu boleh layan tengok katak pulak. Katak-katak ini adalah dari jenis "frog prince". Langsung dicium, terus jadi putera raja.

Sampai sekarang aku masih tak faham, kenapa cicak sesumpah ini dipanggil "agama"?

Anak-anak sampai di tempat kura-kura pula.

Kura-kura inilah  yang paling cool sekali. Pergerakan pun slow motion aje. Tak reti nak kecoh atau gelabah.

Seronoknya Sabriena melihat kura-kura.

Kura-kura ini mendekati sebab mereka nak minta air susu yang Sabriena minum dalam botol.

Kura-kura ini sederhana besarnya.

Boleh layan juga tengok haiwan yang umur panjang ni.

Wanie pun suka kura-kura.

Belalang daun gergasi.

Ini labah-labah tarantula yang pemalu.

Ada lagi haiwan-haiwan kecil dalam kurungan ini.

Binatang apa pula yang tinggal di sini.

Setelah puas melihat haiwan, kami beralih ke taman bunga pula. Letaknya dalam kawasan yang sama. Ladang bunganya sangat teratur. Dan pokok bunga yang ditanam segar-bugar kesemuanya. Pokok bunga memang sukakan cuaca sejuk gamaknya. Sebab aku tengok di tepi-tepi jalan pun, tumbuh-tumbuhan seperti paku-pakis, bunga kancing baju, bukan main besar dan tinggi tumbuhnya. Sebab itulah projek menanam pokok bunga di tanah tinggi sejuk seperti di Cameron Highlands ini mendatangkan hasil yang lumayan bagi pengusaha-pengusahanya. Sempat juga kami membeli bunga lili yang harum semerbak jambangannya. Tak tahulah berapa lama ia boleh bertahan apabila kami bawa bunga-bungaan itu turun ke tanah rendah yang lebih panas nanti.

Bersambung...

Ini ladang bunga pula.

Kemas dan teratur tanamannya.

Bunga-bunganya beraneka warna.

Kami semua memang sukakan bunga.

Ini bunga kekwa rasanya yang macam bunga matahari.

Mekar berwarna kuning.

Baunya tak kuat sangat.

Masih di ladang bunga kekwa.

Mengagumi cantiknya bunga berwarna kuning.

Ini bunga lili yang harum.

Eh! Ada seekor rama-rama yang mengekori kami dari tadi, dan kini hinggap di jari Wanie.


No comments:

Post a Comment