m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, December 30, 2016

Kerana tenis, dan macam-macam hal lagi!

25 Disember 2016 - Sehari sebelum aku turun ke gelanggang tenis, aku telah membayangkan kehebatan membuat dan mencuba beberapa jurus pukulan baru seperti 'double handed forehand side-mega-spin extravaganza' dan 'single handed backhand flat punch super lightning turbo power' yang baru kepelajari dari You Tube. Aku memang dah plan nak datang awal sebelum matahari mencacak di atas kepala. 

Tiba-tiba aku diberi tahu yang aku kena menjemput makcik urut yang datang dari Hulu Langat untuk mengurut ibu dan isteriku. Okay-lah. Maknanya aku kena keluar rumah lebih awal lagilah. Maka pada keesokan paginya, aku ajak Syahmie menemani aku. Kami terus menghala ke arah Langat untuk menjemput makcik urut. Cari punya cari lokasi makcik urut, masih jugak tak kujumpa. Ke hulu dan ke hilir aku mencari. Call makcik urut tu pun banyak kali. Masih tak jumpa. Setelah sekian lama mencari, akhirnya barulah aku jumpa. Rupanya kami ada miscommunication. Aku ingatkan kat arah selatan. Rupanya kat arah utara. Memanglah tak jumpa. proses mencari ini saja telah memakan masa yang sangat lama. Aku melihat jam. Nampak gayanya macam kena main tenis bawah matahari kalau sebegini caranya.

Mengganti tayar kereta yang telah pecah teruk.
Setelah menghantar makcik urut ke rumahku, aku dan Syahmie terus bergerak ke Titiwangsa. Ketika menuruni ramp AKLEH, tetiba keretaku bagaikan skidding sedikit. Bila turun dari ramp, rasa macam senget sikit pulak keretaku. Nak berhenti tengok tayar, macam tak sesuai tempatnya, pasal kat tengah jalan raya. Aku terus drive. Aku ingat nak check tayar masa kat Titiwangsa aje nanti. Belum pun sampai ke destinasi, setelah melepasi HKL, tetiba tayar keretaku meletup. Bau hangit menusuk hidung. Mau tak mau aku terpaksa jugak memberhentikan kereta. Nasib baik ada lorong untuk kuberhentikan kereta. Bila aku keluar kereta dan nengok, berkecai habis tayar sebelah kiri hadapan keretaku. Adusss!!! Dengan kepayahan, aku ambil spare tayar kat belakang. Bukak tayar yang pecah, dan ganti dengan tayar spare. Tapi tayar spare tak ada anginlah pulak. Aku terpaksa drive super-slow dan pasang hazard light untuk sampai ke Titiwangsa.

Setelah parking kereta, aku dan Syahmie menghala ke Court A. Eh! Tak ada orang langsung! Jadi aku main ajelah berdua dengan Syahmie. Nasib baik jugaklah Court A masih lagi tak berapa panas. Kami main slow-slow aje. Setelah bagi sedikit training, aku terus ajak Syahmie main satu set. Aku kalahkan Syahmie 6-1. Masa tu kaki aku pun tengah sakit, tak boleh berlari sangat. Lepas main, aku isilah tayar kereta yang pancit tadi dengan angin di petrol station yang berhampiran.

Syahmie setelah tamat game yang ringkas.
Aksi single-handed backhand.
Aksi forehand pulak.
Gandingan bapak dan anak.
Kalau Syahmie selalu training dan main tenis, dia pun boleh terer macam bapak dia. Keh keh keh!
Memperagakan gigi yang ganas.
Satu lagi aksi dengan gigi.
Syahmie pakai kasut Wilson lama aku yang dah koyak. Aku pakai kasut Asics baru.
Aku terus ke bengkel kereta kat Ampang. Mujur jugak ada kedai yang bukak pada hari Ahad. Ganti satu tayar dan isi gas aircond sekali. Dalam perjalanan ke bengkel tadi, aku ternampak pasar tani kat Taman Dagang. Tetiba terkenang zaman dulu-dulu, Allahyarham Ayah selalu jugak ajak aku berbelanja di sana. Sementara foreman me-repair kereta, aku ajaklah Syahmie ke pasar tani. Aku beli ikan belut hidup 6 ekor. Wife aku dulu pernah mengidam makan belut masa mengandungkan Syahmie. Kat pasar tani yang inilah aku belikan belut untuk dia. Demi sentimental value, aku pun saja membeli belut untuk kutunjukkan kepada anak-anak kecilku - Amier dan Sabriena. Kami turut breakfast kat kedai mamak, ambil kereta dari bengkel dan pulang ke rumah dengan selamat.

Tayar kereta aku pecah bersepai teruk.
Kami breakfast roti telur dan air kelapa di kedai mamak sementara menanti kereta diperbaiki.
Sedikit kisah pasal belut. Belut-belut ni boleh tahan lama dalam kuantiti air yang sedikit. Beberapa hari kusimpan sebelum aku siang belut-belut tu. Aku penggal kepalanya pakai parang. Satu per satu. Dah tak ada kepala pun belut-belut tu masih bergerak. Itu tak spooky lagi. Kepala yang dah tak ada badan tu pun masih bergerak-gerak jugak. Mulut masih bukak tutup bagai bernafas. Betul-betul scary maze! Kepala belut tu senyap setelah aku rebus untuk kuberikan pada kucingku, Isabel. Nak siat kulit belut tu pun bukan main susah. Siap kena pakai pelayar lagi. Banyak orang pesan belut elok dimasak sup. Tapi aku tak ikut cadangan mereka. Aku kerat belut tu jadi pendek. Campur garam, kunyit, asam jawa dan rempah kari, lalu kugoreng sampai agak garing. Sedap jugak rasanya kalau dimakan panas-panas. Anak-anakku yang empat orang semua tu macam enjoy aje makan belut tu. Termasuklah Sabriena yang baru berumur 4 tahun tu.

Kesemua insiden ini berlaku telah dirancang oleh Allah Taala. Aku bersyukur, kerana tayar kereta tu tak meletup kat tengah highway, di tengah malam, dalam hutan, sorang-sorang. Tentu lagi haru. At least dapat jugaklah kami makan belut yang rare tu. Syukur kepada Allah.

Syahmie memegang belut.
Belut ni sangat licin macam orang minyak.
Enam ekor belut dalam simpanan.

Thursday, December 29, 2016

Hebatnya orkestra murid-murid sekolah ni!

25 Mei 2016 - Pada satu hari aku pergi meeting di kawasan Solaris Dutamas. Lepas meeting aku pun keluar dari bangunan. Aku dengar ada bunyi muzik di kejauhan. Aku pun berjalan hampir kepada bunyian itu. Oooooohhhhh..... rupa-rupa ada budak-budak sekolah main muzik dalam orkestra. Masa tu budak-budak tu tengah main lagu Hijau (Zainal Abidin). Impressive. Lalu aku tunggu lebih lama. Sehingga ke lagu yang ketiga - lagu Can't Keep My Eyes Off You (Frankie Valli). Yang ini memang betul-betul best, ear catching! Ada penonton yang menari-nari. Aku sendiri pun hentak-hentak kaki kat lantai. Lepas tu hentak-hentak kepala kat tiang bumbung pentas tu sampai runtuh bumbung tu. Bila bumbung dah runtuh, persembahan orkestra pun dihentikan. Dan aku pun balik ke rumah. 

THE END!

Orkestra kanak-kanak sekolah.
Sangat-sangat berbakat.
Potensi besar.
Menghiburkan semua pengunjung.

Tuesday, December 27, 2016

Taekwondo kuning dua

10 September 2016 - Setelah melepasi tahap tali pinggang kuning pertama, kini Amier berdepan pulak dengan satu lagi ujian getir - grading untuk tahap tali pinggang kuning kedua. Lokasi yang sama di sekolah Gurney. Amier nampak tenang dan cukup bersedia. Latihan bertali arus dan latih tubi yang bertubi-tubi serta pertapaan di Gua Niah selama satu purnama tempoh hari bakal membuahkan hasil. Aku dan Syahmie yang menemani Amier turut berasa yakin dengan kemampuan Amier.

Menanti nama dipanggil untuk grading.
Ramai jugak pelajar-pelajar yang bakal diuji tahap kemahiran mereka dalam seni taekwondo.
Mengambil tempat masing-masing.
Amier sedang beraksi.
Apabila nama Amier dipanggil untuk memperagakan aksi jurus taekwondo-nya, maka Amier pun maralah ke hadapan. Tiada rasa gentar. Tiada ragu. Penuh yakin diri. Antara ujian yang perlu dilepasi Amier termasuklah mematahkan balak kayu cengal dengan diameter 1 meter. Kemudian memecahkan dinding batu konkrit setebal satu kaki. Dan akhir sekali ialah membuat turning dan flying kick berserta dengan somersault sambil menjawab soalan matematik tahap PT3. Sekali pandang nampak macam okay aje performance Amier. Dan setelah seminggu kemudian, memang jelas Amier telah berjaya melepasi halangan ini. Tahniah Amier!

Grading selanjutnya ialah tahap tali pinggang hijau. Dan kali ini ujiannya lebih mencabar fizikal dan minda.

Setelah selesai menjalani ujian yang getir.

Sunday, December 25, 2016

Bukan mesyuarat tingkap

2 Julai 2016 - Tiba-tiba pemegang mohor-mohor diraja mengumumkan mesyuarat tergempar AGM akan diadakan pada sekian-sekian haribulan. Semua ahli diminta hadir. Maka kelam-kabutlah ahli mesyuarat menyiapkan diri untuk pertemuan yang sangat penting ini. Bersiap dengan segala macam makanan untuk dijamu kepada para tetamu. Kena berhias molek agar terserlah keterampilan diri. Lebih meyakinkan apabila memberikan usul nanti. Tak kurang jugak yang bersiap-siaga dengan video camera dan kamera digital untuk merakamkan detik-detik bersejarah ini. Yang akan disiarkan secara langsung melalui tv-tv popular di tanah air. Dan penyediaan tempat, perlulah tip-top jugak. Perlu tentukan di mana members duduk, dan VVIP perlu ada tempat mereka sendiri. Berpeluh lencun jugaklah untuk meng-organise acara yang sebesar ini!

Merakamkan detik bersejarah ini.
Hadirin dan hadirat memenuhi ruang dewan utama.
Memberikan sepenuh fokus.
Semua berkampung di sini selama 7 hari 7 malam. Dan 7 Hari Mencintaimu.
Para intelek memberikan cadangan yang sangat bernas.
Yang lain mendengar dan mencatit dalam ingatan.
Menanti keputusan genting.
Dalam kad jemputan tertulis seperti ini:
AGM adhoc Hj Atan's Family
Date: 2 Julai 2016
Venue: House of Pak Uda & Mak Uda
Time: After solatul maghrib
RSVP
 (Betul! Memang dia tulis dalam bahasa Inggeris. Pasal jemputannya tu tahap international!)

Sabriena turut memberikan tumpuan.
Situasi semakin hangat.
Juru audit memeriksa kira-kira serta badjet untuk acara yang bakal dilangsungkan.
Tak cukup pakai kalkulator, jari kaki dan tangan turut dihitung sama.
Bila tiba tarikh yang telah ditetapkan itu, maka berkumpullah para sarjana, ahli akademik serta tokoh-tokoh perundangan ke lokasi untuk menghadiri sessi perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu yang hangat yang wajar diperbincangkan. Seingat aku, antara topik yang dimesyuaratkan adalah soal persediaan diraja bagi Al Sultan Al Abby Al Zahid. Dan kemudian persiapan untuk Al Sultan Al Faridz Al Zainuri. Lama jugak mesyuarat ini berlangsung. Penuh dengan kejutan dan fokus yang sangat tinggi dari para cendekiawan dan ahli fikir sedunia. 7 hari 7 malam kami semua berkampung di lokasi untuk membuat keputusan-keputusan yang genting dan sangat penting. Akhirnya, semua berlangsung dengan baik. Para deligasi sangat-sangat berpuas hati dengan keputusan mesyuarat. Lepas tu barulah disusuli dengan acara makan-makan dan acara bebas.

Makan yang disediakan sangatlah laris.
Para deligasi mengambil tempat duduk untuk makan.
Menyudahkan sisa rokok di tangan.
Berpuas hati dengan keputusan mesyuarat dan hidangan yang disajikan.
Deligasi puteri turut memberi sokongan.
Antara juadah yang paling digemari ramai termasuklah kari kambing Mak Uda dan brownies Mak Usu. Kami makan dengan sangat berselera sekali. Kesemua tetamu antarabangsa turut menampakkan kegirangan pada wajah-wajah mereka ketika menikmati makanan yang dihidangkan di atas meja hias yang menawan. Habis licin licap kesemua makanan. Sebiji nasi dan sezarah tepung pun tidak tersisa. Lalat dan lipas sangat-sangat kecewa pada malam itu kerana tiada apa yang boleh dijamah. Mereka pulang dengan tangan dan perut kosong.

Sesudah makan. Menantikan acara yang selanjutnya.
Mengawal keselamatan para deligasi. Ini sangatlah penting dalam era keganasan di sana sini.
Tidak ketinggalan yang hadir untuk menjual supplement dan produk kesihatan dan kecantikan.
Menikmati minuman kecerdasan.
Majlis disudahi dengan pertunjukan bunga api secara besar-besaran. Mengalahkan pertunjukan bunga api di KLCC, mahu pun di Putrajaya. Ketika bunga api dinyalakan, seluruh langit yang pada asalnya gelap telah menjadi terang dan berwarna-warni. Lukisan pelangi tercanting pada dada langit yang menghampar. Seluruh jiran-jiran tetangga turut keluar rumah untuk menyaksikan persembahan yang sangat hebat ini. Sangat menakjubkan. Pertunjukan bunga api ini berakhir setelah kira-kira 5 jam ia berlangsung. Dan para deligasi dan VVIP turut pulang dengan limo dan helikopter malah jet peribadi masing-masing. Dan semua berasa sangat puas hati. Terima kasih kepada event organiser yang sangat hebat dan berdedikasi.

Pertunjukan bunga api akan dilangsungkan sebentar lagi.
Bunga api ringan-ringan sebelum bunga api mega.
Ramai deligasi yang menunjukkan minat untuk mencuba produk menghalau nyamuk ini.
Anak-anak kecil turut cenderung dengan persembahan ini.
Abang-abang sado sedang memperagakan kehenseman masing-masing.
Turut mengisi ruang majlis - persembahan seni halus oleh arits multi-talent ini.
"Ya, kami memang boleh nampak. Awak memang cuma berdua orang saja".
Melayan kerenah si kecil.
Jangan tiru aksi ini di rumah anda - memegang bunga api sambil menahan nafas selama sejam.
Aksi ini lagilah tak boleh ditiru di rumah anda - memegang bunga api di tengah-tengah jalan raya. Cuba perhatikan kereta yang hampir melanggar.
Mesyuarat kecil sesudah mesyuarat besar.
Deligasi suami isteri.
Deligasi adik beradik.
Sangat gembira kerana produk kecantikan dan kesihatan telah habis dijual.
Saya nak balik...