20 Julai 2015 - Pada hari ini, agak ramai jugak orang yang datang bertamu di rumah kami. Bermula dengan
keluarga Kak Ana, kawan-kawan ofis wife aku, dan akhir sekali
jiran kami. Kira-kira jam 6 petang, seorang lagi kawan wife aku datang beraya. Rahmawati datang dengan husband dia, Shahrol dan dua orang anak perempuannya.
|
Anak bongsu Rahma dan Shahrol. |
|
Bersedia untuk makan. |
Kunjungan keluarga Rahma tak begitu lama. Tapi sempat jugaklah dia bersembang-sembang dengan ibuku, dan sempat jugaklah seluruh keluarga makan dan minum sampai puas. Terima kasih kepada kawan kami ini. Tahun depan boleh datang lagi. Rumah kami pun bukannya jauh sangat. Selamat hari raya.
|
Shahrol sedang makan sotong. Maksud aku makan soto. |
|
Rahmawati bersama puteri bongsunya. |
|
Rahmawati dengan kedua-dua anaknya. |
No comments:
Post a Comment