20 Julai 2015 - Kalau di sebelah siangnya, ramai orang yang datang beraya ke rumah kami, pada sebelah malamnya pulak, kami telah ke rumah Kak Timah. Ada majlis tahlil. Selain untuk mendoakan roh-roh ahli keluarga, turut mendoakan roh ayah kepada sahabat kami dari Yaman - Brother Muhammad. Kami pergi ke rumah Kak Timah selepas solat maghrib. Bila azan isyak berkumandang, sama-sama kami melangkah ke surau berdekatan untuk solat isyak berjemaah. Selepas solat, kami cepat-cepat kembali ke rumah Kak Timah. Sekejap lagi orang surau akan datang. Dan kami perlu bersedia.
|
Amier sedang bergurau dengan Pak Andaknya. |
|
Faiisal dan sebahagian ahli surau. |
|
Syahmie pun ada datang jugak. |
|
Tok Imam dah ahli surau yang lainnya. |
|
Menanti isyarat untuk memulakan majlis. |
|
Antara hadirin yang datang. |
|
Sedang bertahlil beramai-ramai. |
|
Berdoa bersama-sama. |
Tak lama menanti, maka tibalah satu rombongan ahli surau dengan menaiki bas pesiaran besar dua tingkat ke rumah Kak Timah. Kami jemput kesemua mereka untuk masuk ke dalam. Para jemaah dan ahli keluarga telah sama-sama duduk kat ruang tamu. Dan majlis tahlil pun bermulalah.
Setelah habis tahlil dan doa, para jemaah dijemput makan. Maka masing-masing terus menuju ke arah sebuah meja di ruang tamu yang terhidang kacang pol dan roti. Tok Imam dan ahli jemaah yang lain bagaikan separuh bersemangat mengambil pinggan untuk mendapatkan juadah yang terhidang. Tetiba Kak Esah membuat satu pengumuman yang mengejutkan, "Kalau tuan-tuan nak makan nasi Arab, ada terhidang kat luar, ya".
Mendengarkan ini, Tok Imam dan para jemaah yang lain bergegas ke bahagian luar rumah. Berlari-lari, berkejar-kejaran untuk mendapatkan nasi Arab yang disajikan. Kali ini, dengan sepenuh semangat yang membara, mereka beratur mendapatkan nasi Arab lauk ayam yang sangat enak dan hebat itu. Nasib baik tak ada kambing. Kalau ada kambing, sudah tentu makin berasak-asak para jemaah berebut untuk mendapatkannnya.
|
Masa untuk makan nasi Al-Arabia. |
|
Tok Imam sangat happy dapat makan nasi Arab kegemarannya. |
|
Tok Imam sedang memilih ayam. |
|
Para tetamu sedang mengambil juadah. |
|
Semua para tetamu kelihatan sangat-sangat heppi. |
|
Sebahagian brader dari Yaman. |
|
Abang Khalid bersama pemain simpanan Team Liverpool FC. |
|
Menu nasi Arab ini sangatlah laris. |
|
Brader Arab makan nasi Arab. |
|
Tok Imam dengan seorang sahabat kami. |
|
Semua sedang menikmati nasi Arab. |
|
Juadah kacang pol yang tak kurang enaknya. |
Setelah puas makan dan berborak-borak, kesemua jemaah surau telah minta diri untuk pulang. Terpancar di wajah mereka akan suatu kepuasan yang tidak terhingga kerana dapat makan nasi Arab. Setelah ahli surau pergi, kaum keluarga yang tak sempat makan telah mula mencedok makanan untuk makan malam. Dan aku pulak mengambil sedikit masakan kacang pol untuk dimakan bersama roti. Setelah makanan surut ke dasar perut, barulah kami pulang ke rumah. Sewaktu kami pulang, masih terdapat banyak lagi makanan yang tertinggal untuk dimakan oleh ahli keluarga.
|
Faiisal dan Syahmie sedang makan. |
|
Wanie dan Intan. |
|
Koas dah kenyang. Masa untuk rehat pulak. |
|
Koas dan Abang Leman sedang berehat. |
No comments:
Post a Comment