19 Julai 2015 - Kami beraya di Batu Belah Batu Bertangkup pada hari ini. Kat Kelang ini, kami beraya di rumah-rumah sepupu kepada ayahku - Bibik Saodah dan Bibik Saonah. Merentasi lebuhraya yang tidak sibuk, kami telah sampai ke Mukim Batu Belah dalam jangka masa yang singkat. Kami terus menuju ke rumah Bibik Saodah - makcik yang pernah menjaga kami ketika kami masih kecil dulu. Suaminya, Allahyarham Paman Jai telah pulang ke rahmatullah kira-kira lebih sebulan yang lalu. Jadi, sambutan aidilfitri bagi Bibik Saodah dan keluarganya tidaklah sama seperti tahun-tahun yang sebelum ini.
|
Bersama teman akrabku ketika di Amerika dulu - Ar Azman Hargus. |
|
Sabriena merenung ke luar jendela. |
|
Terlihat sesuatu yang menarik di luar jendela. |
|
Syahmie dan Wanie menanti detik juadah sampai untuk dimakan. |
|
Amier makan kacang dalam balang dulu. |
|
Ibuku dan Bibik Saodah dalam satu perbualan yang sangat serius. |
|
Yana di celah-celah balang kuih raya. |
Sampai-sampai aje di pekarangan rumah Bibik Saodah, kami nengok ada banyak kereta yang sedang parkir di laman rumah. Selalu tak macam ni. Saudara-mara turut ramai hadir bagi memberikan sokongan moral kepada Bibik Saodah. Anak-anak dan menantu Bibik Saodah berganding bahu membantu ibunya menyiapkan masakan untuk menjamu para tetamu yang ramai berkunjung. Malah segala kerja-kerja mengemas rumah, menyiapkan rumah untuk sambutan aidilfitri, telah disempurnakan oleh anak-anak yang budiman.
Ketika aku keluar dari kereta, tiba-tiba ada satu tubuh berdiri hampir denganku. Melihatku melayan kerenah anak-anakku. Bila kudongak, rupa-rupanya orang itu adalah salah seorang teman akrabku ketika di Nebraska dulu - Ar Azman Hargus. Kami baru sampai, sedangkan Azman sudah nak pergi. Tak dapatlah kami bersembang panjang. Kami bersalaman dan bergambar seketika sebelum majlis bersurai.
|
Isteri dah ayahku sedang mengunyah kerepek. |
|
Kerepek itu agak keras untuk dikunyah oleh ayahku. |
|
Ayah dan adikku. |
|
Wani kebosanan. Tetapi bila dapat makanan, dia dah tak bosan lagi. |
|
Anak-anak bermain buaian di laman rumah. |
|
Sabriena bagi satu last warning. |
|
Ayok, tak tau. Ayok, tak tau! |
|
Yana sedang ambil mood beraya di kampung. |
|
Di bawah pohon kelapa. |
|
Farid pun dekat dengan pokok kelapa jugak. |
Bila sampai aje kat dalam rumah, setelah bersalaman dengan Bibik Saodah dan anak-anaknya, kami terus aje makan segala macam makanan yang ada tersimpan di dalam balang kuih. Kami memang tak kenal erti segan ketika di rumah Bibik Saodah sebab kami dah terlalu rapat sangat. Setelah seketika duduk-duduk di ruang tamu, kami telah disajikan dengan juadah mi sup panas menggelegak. Aku dan tetamu-tetamu lain pun beraturlah untuk mendapatkan juadah istimewa ini di tengah hari Syawal. Aku meletakkan mi dalam kadar yang sederhana banyaknya. Nak ambil banyak sangat takut tetamu lain tak dapat makan. Bila aku menyuapkan aje mi sup ini ke dalam mulutku, terasa keenakannya yang sejati. Pergghhh! Memang menusuk ke dalam perutku. Memang selama ini pun, kalau makan apa pun kat rumah Bibik Saodah, pasti aku akan makan bertambah-tambah. Makan bihun goreng bertambah-tambah. Makan lontong bertambah-tambah. Makan mi sup pun bertambah-tambah jugaklah.
|
Mi sup panas menggelegak telah sampai. Isteri dan adikku mencedok juadah. |
|
Heppi sebab dapat makan mi sup yang sedap. |
|
Ayahku sedang menjamu selera. |
|
Enak sungguh rasanya mi sup ini. |
|
Wanie dan mi sup. Pinggannya penuh berisi makanan. |
|
Bersama Bibik Saodah. |
|
Bibik Saodah memang sangat akrab dengan keluarga kami. |
|
Anak-anak membuat baju raya dari daun pisang. |
|
Sabriena nak tempah sepasang baju raya. |
|
Menanti tukang jahit baju mengukur badannya. |
|
Nampaknya tukang jahit tengah sangat sibuk. Tak dapatlah nak tempah baju sepasang. |
|
Sabriena dengan pose istimewa di Batu Belah. |
Setelah makan, kami bersiar-siar di laman rumah. Anak-anak main buaian di tepi rumah. Aku menjenguk cucu-cucu Bibik Saodah membuat baju raya menggunakan daun pisang. Aku ada tempah baju sepasang. Tetapi permintaanku itu tak dilayan, walaupun aku menyatakan kesanggupanku untuk memberi upah yang mahal kepada mereka. Bila masuk waktu zuhur, kami tumpang solat dulu sebelum bersalam dan beredar untuk ke rumah Bibik Saonah pula. Ketika aku ke keretaku untuk bergerak, tetiba aku nampak ada sebuah kereta sedang terparkir betul-betul di belakang keretaku. Keretaku tak dapat dipandu keluar. Kami terpaksa bersabar untuk satu jangka masa yang agak lama, sebelum si pemilik kereta pulang dari surau dan mengalihkan keretanya. Aku boleh bersabar, tetapi kalau si pemilik kereta meminta maaf kepada kami pun kira lebih baik bukan? Saya maafkan. Terima kasih.
|
Setelah selesai menjamu mi sup panas hebat. |
|
Sambung makan kuih lagi. |
|
Kuih kat dalam balang pun dah mula mengurang. |
|
Bibik Saodah memikirkan hari muka. |
|
Bibik Saodah dan ibuku. |
|
Anak-anak yang menjahit baju raya tadi kini sedang menjamu selera. |
|
Beramai-ramai bermain di buaian. |
|
Buaian ini dah berkurun usianya. Tetapi masih dalam kondisi yang baik lagi. |
|
Sabriena dan Yana. |
|
Wanie dan Amier. |
No comments:
Post a Comment