20 Julai 2015 - Pada sebelah siangnya,
Kak Ana sekeluarga dan
kengkawan ofis isteriku telah datang ke rumah. Bila dah petang sikit, jiran yang duduk berdekatan dengan rumah kami pulak yang datang beraya. Mereka adalah Hairi dan Azizah serta dua orang anak mereka - Haziq dan Hakimi.
|
Jiran kami - Azizah dan Hairi. |
|
Hairi bersama ayahku. |
|
Haziq sedang makan soto tanpa kuah. |
|
Hakimi sebaya dengan Sabriena. |
|
Abang dan adik. |
Kami duduk di ruang tamu bersama keluarga Hairi. Sambil makan-makan, kami bersembang pasal 1MDB, 2MDB, 3MDB, 4MDB dan 5MDB. Tidak terhenti setakat itu saja, kami jugak turut berbincang pasal 1ABC, 2DEF, 3GHJ, 4KLM dan 5NOP. Perbincangan berlarutan sehingga kesemua makanan kat rumah kami habis dimakan oleh kami semua. Biskut kering kat tin pun habis kami makan. Ini merangkumi gula, susu, serbuk kopi dan teh, semua licin kami kerjakan tatkala kami bersembang panjang tadi.
|
Hakimi dan ayahnya. |
|
Hairi melayan Hakimi makan. |
|
Haziq dan ibunya. |
|
Hakimi sedang makan buah tembikai dalam cawan. |
Sementara orang-orang tua bersembang panjang, Sabriena sibuk bermain-main dengan Haziq dan Hakimi. Seronok pulak aku nengok anak-anak bermain permainan yang aku pun tak berapa nak faham. Tak kisahlah. Asalkan mereka heppi.
Setelah sekian lama berborak-borak raya, Hairi dan Azizah pun memohon diri untuk pulang ke rumah mereka yang terletak hanya sepelaung Tarzan saja jauhnya dari rumah kami. Terima kasih kepada keluarga Hairi kerana sudi datang ke rumah kami.
|
Sabriena melayan Haziq dan Hakimi. |
|
Mereka bermain teka-teki sempena hari kemerdekaan negara. |
|
Sabriena sedang mengajukan soalan trivia kepada Haziq dan Hakimi. |
|
Bergurau adik beradik. |
No comments:
Post a Comment