20 Julai 2015 - Hari ni ialah hari Isnin. Ada sesetengah kengkawan ofis dah mula bekerja di pejabat. Beberapa hari sebelum tarikh ini, kengkawan ofis wife aku dah siap-siap bagi tau yang mereka nak makan lunch kat rumah kami. Sambil beraya lah. Kami tak boleh menafikan permintaan kengkawan ofis tu. Maka pada sebelah pagi, kami telah pun bertungkus-lumus menyiapkan segala macam juadah untuk dijamu kepada tetamu kami nanti.
|
Feroz sedang memilih makanan yang serasi dengan jiwanya. |
|
Makanan yang dipilih adalah soto. Pasal itu aje main dish yang kami sediakan. |
|
Fazli dan Herwan antara yang hadir. |
|
Lee sedang menikmati soto terhebat di Ampang Jaya. |
|
Tiba-tiba Lee terasa terganggu dengan kehadiran juru kamera yang merakamkan aksi beliau sedang makan. |
|
Candy, Kilian dan Feroz.. Semua orang makan soto. |
|
Makan soto dengan penuh bersungguh-sungguh. |
|
Play hard, eat hard, work smart. |
|
Kesemua peserta pada hari ini dibekalkan dengan satu mangkuk hikmat buat mengisi soto. |
|
Feroz dan Nadia. |
Bila tengah hari menjelang, kengkawan ofis wife aku pun datanglah satu rombongan dengan menaiki beberapa buah kereta. Aku rasa ada dekat lima belas orang kot semuanya yang datang. Masing-masing datang dengan tahap kelaparan yang bukan kepalang. Memang tepatlah sekali kalian semua datang ke rumah kami pada hari ini. Kami ada menyajikan beberapa masakan istimewa pada hari ini. Ia termasuklah soto, agar-agar merah, tembikai merah, kuih-muih raya serta air Ribena sejuk yang nyaman. Tanpa membuang masa, kengkawan kami tu pun terus mendapatkan makanan di atas meja hidang. Masing-masing meneruskan misi makan sehingga kenyang tanpa ada sedikit masa pun yang dilengahkan.
|
Sue Anne, dan Amira pun makan soto jugak. |
|
Sedapnya soto ini, seperti makan ayam goreng Upin Ipin.. |
|
Amier sedang membuat liputan pasal kedatangan tetamu istimewa di kediaman kami. |
|
Sedang beratur mendapatkan nombor giliran untuk mengambil makanan. |
|
Shan Shan, Shang, dan Joanne sedang pegang mangkuk hikmat. |
|
Antara tetamu yang hadir pada siang itu. |
|
Herwan dan Feroz telah mula bekerja pada hari ini. |
|
Kak Zu (tengah) dan anaknya turut datang. |
|
Jom kita makan. |
|
Herwan, Sue Anne, Amira dan Nadia. |
|
Sue Anne, Amira dan Nadia masih belum sudah makan lagi. |
|
Siapa yang makan paling banyak, dialah yang menang. |
|
Joanne, Candy dan Herwan. |
|
Masih makan di suatu sudut rumah. |
Selepas makan, barulah masing-masing mula bersembang pasal hal-hal kemasyarakatan seperti kisah-kisah para dermawan di dalam dan luar negara. Kemudian bersambung pulak dengan penemuan bangkai kapalterbang MH370 di Pulau Reunion. Dan seterusnya menjerumus pula ke tajuk-tajuk yang lebih sensasi seperti idea penyerapan pemain-pemain antarabangsa ke dalam skuad bolasepak kebangsaan. Dan macam-macam tajuk lagilah. Sampailah ke tahap semua orang dah tak nak berborak lagi dah.
|
Fazli sedang makan soto. |
|
Hari-hari Fazli makan soto. |
|
Sebab Fazli sangat suka makan soto. |
|
Hui Xian, Amanda, Pui Yee bersama isteriku. |
|
Sedang bercerita pasal manusia dermawan. |
|
Herwan dan Feroz sedang bersembang pasal subjek serius seperti cara-cara memasak mi goreng mamak yang sedap. |
|
Sedang merujuk kepada smart phone. |
|
Zam baru nak makan. Nadia dah cukup kenyang. |
|
Abang iparku pun ada kat rumah. |
|
Menjamu kuih-muih raya pulak. |
|
Tetamu memenuhi ruang tamu. |
|
Sedapnya kuih raya ini. Macam makan ayam goreng Upin Ipin. |
|
Herwan sedang buat photo shoot. |
|
Sedang berdiskusi pasal keenakan vape perisa durian musang king. |
Sebelum majlis bersurai, para kengkawan telah bergambar dengan isteriku di porch rumah. Tahun lepas pun ada jugak kami bergambar seperti ini. Photo session ini akan diadakan setiap tahun kalau kengkawan ofis isteriku datang ke rumah kami untuk makan-makan dan beraya. Terima kasihlah kepada semua kerana sudi datang. Dan terima kasih jugak kepada si penderma duit raya kepada anak-anak kami. Terima kasih.
|
Bergambar beramai-ramai part 1. |
|
Bergambar beramai-ramai part 2. |
|
Bergambar beramai-ramai part 3. |
|
Tetamu mula balik. |
|
Bersalaman dengan Nadia pulak. |
|
Dan mereka pun pulanglah dengan kepuasan setelah dapat makan soto terhebat di Ampang Jaya. |
No comments:
Post a Comment