19 Julai 2015 - Setelah
beraya di rumah Bibik Saonah di Batu Belah, Kelang, kami terus menuju ke rumah kawan kami - Erin dan Bakar. Tetapi sesampainya kami di kawasan rumah mereka, mereka tiada di rumah. Maka kami pun terus menerjah ke Petaling Jaya untuk ke rumah pakcik kami - Pakcik Udin, adik kepada ibuku. Pakcik Udin pun tak berapa sihat jugak sebenarnya. Eloklah kalau kami selalu ziarah beliau.
|
Ibuku bersama adiknya - Pakcik Udin. |
|
Kami sedang enak menjamu kuih-muih raya. |
|
Sambil bersembang-sembang. |
|
Syahmie, Wanie, Yana dan isteriku. |
|
Ayahku dengan backdrop klasik - lukisan keluarga Pakcik Udin. |
|
Adikku bersama Farid. |
Di depan rumah Pakcik Udin, nampak gayanya macam pintu tertutup rapat. Tapi ada dua buah kereta di porch rumah. Maknanya mungkin mereka ada di rumah. Aku memberi salam beberapa kali, dan Makcik Razmah membuka pintu rumah. Kami pun ke dalam setelah dijemput masuk. Rupanya Pakcik Udin dan Makcik Razmah baru aje sampai rumah. Tadinya mereka keluar beraya. Ibuku berbual-buallah dengan adiknya. Sementara kami menghadap kuih raya sambil memakannya. Macam tulah kami punya amalan rutin bila beraya di rumah-rumah saudara-mara.
|
Menjamu selera dengan pelbagai makanan tersaji. |
|
Masakan Makcik Razmah memang selalunya sedap-sedap belaka. |
Setelah seketika, Makcik Razmah mengajak kami ke meja makan untuk menikmati juadah yang lebih berat. Setelah kami makan juadah yang berat itu, berat kami pun terus bertambah sebanyak 25 kilo setiap seorang. Ish ish ish! Memang berat sungguh juadah yang kami nikmati tadi.
|
Adik beradik. Sama tak wajah kami? |
|
Sekali lagi ibuku bergambar bersama Pakcik Udin. Sama tak wajah mereka? |
Sebelum pulang, kami bergambar dulu di halaman rumah Pakcik Udin. Laman rumah Pakcik Udin memang sangat fotogenik. Seni lanskapnya sangatlah menarik. Banyak bunga-bungaan, tumbuhan menghijau, kolam ikan dan buaian antik. Selepas puas bergambar, barulah kami minta diri dan mengatur langkah bergerak pergi. Selamat hari raya warga Petaling Jaya.
|
Syahmie di laman hijau. |
|
Taman rumah Pakcik Udin memang cantik dan terbela rapi. |
|
Amier duduk di buaian klasik. |
|
Isteriku di taman. |
|
Tiga beradik di buaian klasik. |
|
Adik-beradik dan sepupu dalam lingkungan fish-eye. |
No comments:
Post a Comment