20 Julai 2015 - Pada hari yang sama, sebelum
kengkawan ofis datang beraya di rumah, sepupu sulungku, Kak Ana sekeluarga, telah terlebih dahulu sampai di rumah kami untuk beraya. Mereka sebenarnya telah balik kampung Abang Mohd Nor di Kelantan. Pada pagi tu mereka bertolak dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Sebelum sampai rumah, mereka singgah dulu ke rumah kami. Tahun lepas pun macam tu jugak. Masa mereka sampai, kebetulan kami ada buat masak-masak. Memang selalu langkah kananlah nampak gayanya.
|
Syafiq melayan baby makan. |
|
Abang Mohd Nor dan semangkuk soto. |
|
Kak Ana sedang memilih soto perasa sup ayam. |
|
Salah seorang menantu Kak Ana dan Abang Mohd Nor warga Bosnia. |
|
Duduk releks dulu sebelum memulakan makan. |
|
Puteri-puteri Kak Ana mengambil makanan. |
|
Syafiq dan baby. |
|
Dua orang menantu Kak Ana dan Abang Mohd Nor. |
|
Abang Mohd Nor sedang khusyuk menjamu soto sehinggalah konsentrasinya diganggu oleh lantunan cahaya flash camera. |
Kali ni, keluarga Kak Ana yang datang lebih ramai dari tahun lepas. Masa mereka sampai, tetamu lain masih belum tiba lagi. Jadi keluarga Kak Ana lah yang merasmikan juadah pada hari itu. Kebetulan, Kak Ana memang sangat suka masakan soto resipi ibuku. Maka mereka pun makanlah dengan perasaan senang hati dan gembiranya.
|
Kak Ana bersama ibuku. |
|
Menikmati kuih-muih raya di balang pula. |
|
Syafiq sedang mencuba untuk memahami apakah itu erti semangkuk soto. |
|
Baby di pangkuan. |
|
Ibuku, adikku dan kak Ana bersembang pasal sejarah asal usul pembikinan soto. |
|
Abang Mohd Nor turut join bersembang dengan ibuku. |
|
Abang iparku bersembang dengan Abang Mohd Nor. |
|
Abang Mansor setelah tetamu beredar. |
Setelah makan dan bersembang panjang dengan ibuku, maka mereka pun mengatur langkah untuk pulang. Masa tu kengkawan isteriku telah mula ramai memenuhi ruang tamu. Terpaksa berasak-asak untuk mendapatkan makanan. Jadi keluarga Kak Ana telah membuka ruang untuk kengkawan isteriku pulak menikmati juadah soto istimewa yang dihidangkan. Terima kasih kerana sudi datang, sambil menziarahi ibuku yang tak berapa sihat pada waktu itu. Terima kasih kepada Kak Ana dan Abang Mohd Nor sekeluarga.
|
Bergambar bersama sebelum pulang. |
|
Yana, Kak Ana dan isteriku. |
No comments:
Post a Comment