19 Julai 2015 -Setelah beraya di rumah Bibik Saodah, kami telah terus ke rumah Bibik Saonah pulak. Bibik Saonah ni adalah kakak kepada Bibik Saodah. Agaknya dah terlalu lama sangat aku tak ke sini. Aku sampai hilang punca dan lupa terus arah nak ke sana. Mujurlah wife aku masih ingat rumahnya. Maka isterikulah yang memandu kami hingga kami temui rumah makcik kami itu.
Syahmie dan Amier yang masih sibuk dengan i-phone. |
Farid pun dengan i-phone jugak. |
Ibuku sedang berbual dengan salah seorang menantu Bibik Saonah. |
Perbualan berkisar mengenai 1MDB, 2MDB dan 3MDB. |
Kami masuk ke dalam rumah setelah dijemput ke dalam oleh salah seorang menantunya. Kami ke bilik, dan terlihat Bibik Saonah kini telah terbaring sakit, tak dapat berjalan dan bertutur. Kasihan aku melihatkan keadaannya. Waktu tu kebetulan Sabriena telah membuat 'kek cokelat' kat dalam diaper. Yana dan Wanie bergotong-royong mencebokkan Sabriena. Setelah itu, kami berkumpullah di ruang tamu untuk makan kuih dan minum air. Aku sekadar minum air aje. Tak makan pun pasal dah kenyang. Kami kat rumah Bibik Saonah pun tak lama. Sebenarnya kami plan nak ke rumah sahabat kami - Bakar dan Erin yang rumahnya terletak sangat hampir dengan rumah Bibik Saonah. Tapi bila kami tiba di rumah mereka, sahabat kami itu tak ada kat rumah. Maka kami terus meninggalkan rumah itu dan menghala ke Petaling Jaya pulak untuk melawat Pakcik Udin yang pada ketika itu masih kurang sihat.
Sabriena selepas dicebokkan. |
Yana pun main telefon jugak nampak gayanya. |
Menikmati air sirap sejuk yang menyegarkan. |
No comments:
Post a Comment