m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, March 24, 2015

Yanto ke rumah kami

18 Januari 2015 - Pada hari ni, kawan teater kami, dan jugak pelakon drama tv, Yanto ada datang ke rumah. Kami ada order alat memasak steam boat yang bergabung dengan tempat gril. Simple aje alat memasak ni. Ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Sambil-sambil mengisi masa lapang, Yanto memang ada jual barang ni. Kat rumah, Yanto siap buat demo cara-cara nak menggunakannya. Lepas dah demo, barulah kami borak-borak pasal hal-hal lain. Terutamanya pasal teater dan drama.

Pada malam harinya, kami terus cari bahan-bahan untuk dimasak steam boat dan gril. Dan makan malam kami pada hari tu ialah makan steam boat + gril lah. Aku punya favourite sudah pastilah sotong gril. Pergh! Puas kami makan sampai kenyang. Nak cuci pun senang. (Pasal kami main suruh orang gaji kami tolong cucikan aje. Keh keh keh!) Terima kasih Yanto kerana memperkenalkan barang hebat ini kepada kami.

Yanto bersama aku dan ayahku.
Inilah sketsa alatan yang kami beli dari Yanto.

No comments:

Post a Comment