m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, March 21, 2015

TTC Inter-Team Tennis Challenge: Dan juara edisi pertama adalah...

Bahagian 4 (Akhir)

Pertarungan demi pertarungan telah berlangsung dengan sangat hebatnya. Akhirnya giliran aku bertarung pun tibalah. Dengan kebijaksaan Kapten Amir, aku telah dipadankan dengan Eddy kerana nama kami seakan-akan sama - Adi dan Eddy. Biasanya kalau nama players dekat nak sama, ia akan membuahkan hasill yang sangat luar biasa seperti Bryan & Bryan dan Alyas & Alyas Brothers. Maka kami pun bersiap-sedialah untuk bertarung dengan pencabar kami yang belum kami tahu siapakah gerangannya.

Aril-Kak Yan bertembung dengan Hashim-Amir.
Amir-Hashim menang mudah dengan mata 1200-0.
Pasangan Haini-Salihin pula berjaya menumpaskan Datuk Zainal-Amy.
Perlawanan ini jugak boleh dikatakan berat sebelah. Berat Haini seorang aje hampir mencecah 300 kilogram!
Bersalam-salaman sempena Hari Raya Qurban.
Pertembungan Qimie dan Zahari dalam acara single. Kalau tak salah aku, Zahari memenangi perlawanan ini.
Dalam pertembungan inilah kalau tak salah aku Atok terpaksa bersara awal.
Setelah menanti giliranku dengan agak lama, badanku telah menjadi agak lesu. Tak tahulah sebab apa. Mungkin ia sekadar mainan mental. Atau pun badan aku sedang mengalami dehaidrasi. Atau mungkin jugak aku sangat gementar berdepan dengan pemain-pemain senior yang sangat banyak penglamannya. Pencabar kami kali ini ialah Abang Mohd Nor dan Joko yang seusia denganku. Memang kepala lutut aku agak terketar-ketar sikit pada petang tu. Lemah macam nak tumbang. Dan baju yang aku pakai pulak tu tak berapa selesa. Macam-macam hal lah. Ini semua mainan mental semuanya. Belum berlawan lagi, mental aku dah awal-awal memujukku untuk mengaku kalah. Argghhhh! Ini petanda tak berapa bagus untuk team kami.

Giliran aku bermain game double. Partner dengan Eddy.
Muka macam konfiden. Tapi jantung berdebar-debar.
Aku dalam proses membuat servis.
Badan dilengkungkan ke belakang untuk menambah ketampanan.
Bola dilambung tinggi ke angkasa raya.
Piung! Bola dipukul. Itulah servis paling slow dalam dunia. Siput babi bergerak pun lagi laju dari servis tu.
Waktu seakan-akan terhenti bila bola tenis yang hendak kupukul tiba-tiba terhenti.
Dan akhirnya perlawanan pun bermula. Memang nyata aku lambat panas. Eddy pun sama. Pukulanku banyak yang tak menjadi. Eddy pun sama. Aku buat error demi error. Eddy pun sama. Kepala aku botak. Eddy pun sama. Bila kami dah di ambang kekalahan barulah badan kami mula panas. Permainan kami mula menjadi. Kami dapat kumpul 3 mata. Tapi tak sempat nak menyaingi kehebatan Abang Mohd Nor dan Joko yang kebetulan pada petang tu bermain dengan sangat cemerlang. Servis Abang Mohd Nor sangat laju.  Lebih laju dari biasa. Pukulannya deras. Lebih deras dari biasa. Kami tewas kepada pemain yang lebih senior dari kami. Dan kami terima kekalahan ini dengan hati yang lapang. Kami angggapkan ini sebagai sedekah. Moga-moga Abang Mohd Nor dan Joko menerima pemberian ini dengan gembiranya.

Bersalaman dan bermaafan sempena Hari Raya Puasa.
Tiba-tiba Zahari dan Faiz nak beradu penumbuk pulak. Macam-macam...
Pasangan Danial-Amy bertemu Qimie-Amir. Qimie-Amir memenangi perlawanan ini.
Satu lagi mata untuk Grup Bakawali.
Pada petang tu jugak, kalau tak silap aku, Atok terpaksa menarik diri setelah perlawanan berlangsung untuk beberapa game. Ini berlaku kerana masalah kesihatan. Atok tiba-tiba berasa macam nak pitam. Agar situasi tak menjadi lebih buruk, kemenangan percuma terpaksa diberikan kepada pihak lawan. 

Perlawanan aku yang selanjutnya adalah dalam acara single. Sekali lagi Kapten Amir memberikan sepenuh kepercayaan kepadaku untuk berlawan secara solo. Tapi sekali lagi pencabarku telah kecut perut dan tidak tampil ke hadapan untuk menentangku. Maka sekali lagi jugaklah aku beroleh kemenangan percuma 6-0. Hadiah untuk Grup Bakawali. Oleh kerana pencabar aku tak datang, maka aku pun putuskan untuk balik rumah ajelah. Dah menang game tu pun. Selebihnya bergantung kepada team mate aku yang lain untuk mengumpul mata kemenangan. Dan pada malam hari, aku telah diberi tahu bahawa grup kami - Bakawali telah memenangi kejuaraan ini dengan hadiah lumayan sebanyak RM450 juta serta kereta BMW 3 Series setiap seorang. Wah! Memang sangat lumayan. Percaturan Kapten Amir memang sangat menjadi. Kami telah menjadi juara TTC Inter-team Edisi yang Pertama. Tahniah kepada kami.

Tamat.

Hadiah juara disampaikan oleh Datuk Zainal.
Grup Bakawali dengan trofi kejuaraan. Aku tak ada di sini masa penyampaian hadiah ini.
Group photo. Cheers!!!

No comments:

Post a Comment