m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, March 8, 2015

Berendoi di rumah Palie

1 November 2014 - Aku dapat jemputan dari kawan ofis aku, Palie untuk ke rumahnya pasal ada majlis cukur jambul a.k.a. berendoi. Sebenarnya aku jarang dengar perkataan berendoi. Kena rujuk Kamus Dewan dulu, baru aku faham. Mula-mula aku ingatkan berendoi tu macam dodoi-mendodoi sampai tertidur. Jadi semua tetamu kena bawak bantal dan tilamlah gamaknya. Nasib baiklah kefahaman aku telah diperbetulkan sebelum aku ke rumah Palie pada tengah hari tu.

Sedang enak menjamu selera.
Amier gembira dapat makan kuih tart custard yang cantik dan sedap.
Saleh dan Amier sedang menikmati kuih tart custard.
Ada banyak kuih-muih tradisional nusantara dan cendol mamak jugak.
Masa aku sampai tu, dah ramai tetamu yang sedang menjamu selera. Palie selaku tuan rumah terus aje menjemput aku untuk melayan kehendak perut yang memang dah mula berkeroncong. Yang menjadi tumpuan aku sudah tentulah kambing. Kalau ada kambing, memang selalunya kambinglah yang akan menjadi tumpuan ramai. Kambinglah yang akan memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Itu sudah pasti!

Kengkawan ofis yang turut hadir - Fauzan dan Faqrul.
Faqrul merenung tajam ke arah icecream cone yang dipegang Fauzan. Sudah tentu dia ingin untuk meng-ngap-nya.
"Ko tak kan dapat makan aiskerim yang ini. Aiskerim ini bukan kau yang punya. Tapi Ahmad Albab yang punya. Ha ha ha!"
Majlis tahlil sedang berlangsung.
Dibacakan oleh para pelajar sekolah tahfiz.
Khusyuk bertahlil.
Palie turut bersama para jemaah.
Salam sebagai jurufoto profesional rasmi untuk majlis ini.
Setelah menjamu kambing, aku makan benda-benda lain seperti kuih muih yang jugak sangat enak, ada rojak biasa dan rojak mi, ada makanan sampingan lain yang tak kurang enaknya. Semua aku ambil dan rasa. Memang sangat berkhasiat dan kaya dengan vitamin A, B, C, D, E, F, K dan POP. Sejurus setelah aku makan, terasa badan ini begitu segar, cergas dan amat sihat.

Amier dan Saleh melayan ipad. Macam selalu.
Main game-lah tu!
Kemudian aku tinjau ke ruang tamu di tingkat atas. Aku perlu menaiki lif untuk ke tingkat atas. Tapi lif rosak. Kebetulan escalator jugak rosak. Jadi aku terpaksa menapak menaiki tangga. Di atas, aku nampak kawan ofisku lagi sorang, Salam sedang sibuk mengambil gambar-gambar pemandangan di dalam dan di luar rumah. Ada gambar aksi, ada gambar pemandangan, dan ada jugak gambar potret yang diambil Salam. Rupanya Salam telah dilantik oleh Palie untuk menjadi jurufoto bertauliah official bagi majlis pada hari itu. Aku turut serta dalam bacaan tahlil dan doa. Tapi sekejap aje, pasal masa aku naik atas tu, majlis tahlilnya dah nak selesai.

Membaca doa selamat.
Seluruh jemaah berdoa.
Mengaminkan doa.
Amin ya rabbal alamin.
Salam membuat preview terhadap gambar-gambar yang telah diambil.
Selepas bacaan tahlil dan doa oleh warga sekolah tahfiz, Palie menjemput kesemua mereka untuk menjamu selera di ruang bawah khemah. Aku sempat bergambar dengan Palie seketika. Kemudian aku turun bawah untuk bersiap sedia untuk pulang. Sebelum pulang, aku ternampak ada satu van aiskerim tersadai di tepi pagar rumah. Aku ingatkan van aiskerim tu rosak. Tetiba teringin pulak aku nak makan aiskerim yang kelihatan sedap itu. Tapi aku tak tahu status aiskerim tu sebenarnya macam mana. Jadi aku tangan brader kat dalam van tu. "Assalamualaikum brader. Aiskerim ni kira berapa harganya sebatang?" "Oh, aiskerim ni free aje. Tuan rumah dah tolong bayarkan untuk tetamu". "Oh! Kalau macam tu bagus sangatlah. Tapi harga van ni pulak berapa ya? Nampak cantik pulak dengan deco kaler-kaler kat luar". "Kami tak jugal van, bang. Tapi kalau abang nak sangat, saya tolak lima ribu aje". "Tak apalah bro. Saya tak bawak cukup cash-lah. Bagi saya aiskerim lima batang. Nak bagi anak-anak sekali." Dan brader tu pun bagilah aiskerim sebagaimana yang aku mintak tadi.

Bersama tuan rumah - Palie.
Satu pejabat, tapi jarang jumpa.
Gerai rojak yang laris bak pisang goreng cheese panas.
Menyediakan habuan untuk para tetamu.
Cendol jugak nampaknya sangat laris.
Setelah cukup makan dan minum, kami pun beredarlah dari situ dengan perasaan yang sangat puas hati dan kenyang. Untuk pengetahuan umum, selain aku dan isteri, Amier, Sabriena dan Saleh turut bersama kami untuk meraikan majlis yang dibuat Palie. Kami dibekalkan dengan sesuatu yang digelar sebagai 'Anu Dalam Botol'. Tetapi 'Anu' yang dimaksudkan di sini bukanlah anu yang itu. Tapi berupa kekacang dari pebagai spesis. Kreatif betul Palie. Akhir kata, terima kasih kepada Palie sekeluarga kerana telah menjemput kami untuk makan kambing. Mmmmmbbbbeeekkk...

Van aiskerim yang sangat colourful.
Di dalamnya terkandung pelbagai jenis aiskerim pelbagai rasa dari pelbagai benua di dunia ini.
Anak-anak sekolah tahfiz sedang menjamu selera.
Mereka cukup gembira dapat makan kambing.
Seronok melihat anak-anak ini seronok.
Sorang lagi kawan ofis kami yang hadir - Azrin.

No comments:

Post a Comment