m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, March 17, 2015

TTC Inter-Team Tennis Challenge: Sengitnya kami bertarung

Bahagian 2

Setelah Grup Anggerik menentang Grup Bakawali, kini tibalah masanya Grup Cempaka bertemu dengan Grup Dahlia pulak. Oh, tapi sebelum tu, aku nak kisahkan sikit pasal pertembungan aku dengan pencabar dari Grup Anggerik dulu. Kapten Amir telah memberi sepenuh kepercayaan kepada aku untuk menjadi pemain single pertama mewakili Grup Bakawali menentang Anggerik. Masa tu aku berasa sangat teruja dan dah tak sabar-sabar nak bertanding dengan menampilkan segala keupayaanku dengan skil-skil luar biasa yang telah aku pelajari ketika bertapa di Gua Niah, Sarawak tempoh hari. Lebih-lebih lagi aku baru saja menempah reket baru dari Amerika jenis Wilson X-Fire Bolt 3225 Platinum Ace Maker. Inilah reket tenis teknologi paling baru pada alaf ini yang masih belum dijual di pasaran antara bangsa. Kalau Federer tau aku ada reket high class macam ni, mesti dia bergolek-golek kat kaki aku nak mintak pinjam reket aku tu. Itulah reket terbaik yang pernah dihasilkan oleh mana-mana pembikin reket sedunia. Rating yang diberikan kepada reket ini ialah 11 Stars!

Kita tinggalkan kejap pasal reket yang hebat tu. Sejurus namaku dipanggil untuk beradu tenaga, aku terus meluru ke dalam gelanggang dengan semangat Waja, semangat Exora, dan semangat Preve. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu sikit punya lama dalam gelanggang tu. Lawanku tak jugak kunjung tiba. Setelah dekat empat hari berkampung di gelanggang, barulah aku diberi tahu bahawa lawanku telah menarik diri kerana terlalu gerun untuk bertanding denganku. Aku pun tak pasti siapakah sebenarnya yang menjadi lawanku pada masa itu. Oleh kerana pihak lawan telah menarik diri, maka aku telah beroleh markah percuma melalui Technical Knock Out (TKO) 6-0. Point walk over untuk Grup Bakawali!

Kak Yan-Aril menentang Amy-Faizal. Memang berat sebelah perlawanan ini.
Perlawanan single Joko menentang Ir Danial.
Kapten Amir tak puas hati dengan keputusan yang tercatit pada kertas jadual perlawanan.
Ir Danial sedang memikirkan cara nak buat servis paling Engineering sekali.
Mengambil kira segala faktor Bending Moment dalam membuat balingan.
Lantunan bola mengikut arah wind cantilevered compression.
Badan dilengkungkan ke belakang untuk membentuk Axed Arch.
Hentaman dibuat dengan padu bagaikan concrete pile dihentam ke dalam bumi.
Dan selesasilah sebuah servis yang sempurna yang penuh dengan Engineering Property.
Berbalik kepada pertandingan selanjutnya. Grup Cempaka menentang Grup Dahlia - aku pun dah tak ingat siapa yang mendahului siapa. Dan tak ingat siapa yang menang pun. Tak apalah. Kita terus tinjau perlawanan di antara Hashim-Jimmy (Bakawali) menentang Haini-Halim. Di atas kertas memang semua orang tahu yang team Bakawali akan menang mudah dalam perlawanan ini. Tapi apa yang berlaku adalah sangat mengejutkan. 

Sebelum perlawanan bermula, Haini sempat jugak membuat secret training dengan Halim, sampailah Halim jadi lebih konfiden untuk pertembungan ini. Dalam perlawanan yang agak berat sebelah ini, aku menyaksikan performance Haini-Halim dalam keadaan yang sangat hebat. Luar biasa hebatnya. First class! Servis Haini sangatlah power. Lebih power dari Power Rangers. Lebih power dari Power Bank. Forehand drive Haini jugak sangat laju dan padu. Dan Halim pulak dapat memulangkan hampir kesemua bola yang ditujukan ke arahnya. Sehinggakan pasangan Hashim-Jimmy agak cuak jugak pada awal perlawanan. Tapi nasib baik Hashim-Jimmy telah organize balik dan merangka strategi baru sehingga akhirnya berjaya jugak mereka menewaskan pasangan Haini-Halim. Bagi aku, persembahan Haini-Halim pada masa itu sangatlah membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Dan rakyat Nepal jugak.

Pasangan Hashim-Jimmy (Bakawali) sedang membuat stretching dengan sangat over confident.
Membaling duit sen bagi menentukan siapa yang akan membuat servis dahulu.
Pertembungan Halim-Haini dan Hashim-Jimmy.
Masing-masing bertekad untuk memenangi perlawanan ini.
Berehat sebentar sementara menunggu giliran.
Zahari masih terkenang kampung di Perlis.
Menghantar mesej demi mesej ke kampung halaman.
Berehat sementara hujan merintik.
Sedang kami asyik bertanding di dalam gelanggang hijau, tetiba awan di langit singgah lalu dan merembeskan airnya ke bumi. Gelanggang jadi kuyup dengan air hujan yang agak lebat. Perlawanan terpaksa ditangguhkan. Gelanggang yang licin memang berbahaya buat pemain. Lantai yang licin boleh membuat pemain tergelincir, jatuh, dan cedera. Maka kami berehat ajelah kat tepi gelanggang, atas tangga kambing. Ada yang berbaring. Ada yang tidur. Dan aku pulak tak sudah-sudah menjamah makanan yang masih banyak tersisa. Bila hujan mulai reda, kami beramai-ramai menolak air hujan yang bertakung di atas gelanggang ke longkang sisi.  Bila gelanggang dah agak kering, barulah perlawanan dapat disambung kembali.

Bersambung...

Gelanggang basah kuyup dek limpahan air hujan.
Jimmy menolak air hujan di gelanggang. Padahal masa ni hujan masih lagi belum berhenti turun.
Hujan melebat semula.
Pasangan Alyas Brothers berganding bahu mencuci gelanggang bagi memperolehi pendapatan sampingan.
Abang Mohd Nor turut membantu.
Ashraf sedang menyapu sampah yang telah dibuang oleh para penonton dan penggemar tenis.
Gelanggang hampir sedia untuk digunakan.

No comments:

Post a Comment