m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, March 28, 2015

Bantuan kemanusiaan mangsa banjir di Tanah Merah

23-25 Januari 2015 - Satu negara tahu yang beberapa negeri di pantai timur dan di utara negara telah dilanda banjir besar pada hujung tahun lepas. Rumah tenggelam sampai paras bumbung. Kereta tenggelam sampai ghaib terus dari pandangan. Lembu kambing yang tak pernah-pernah mandi pagi, terpaksa berjinak-jinak dengan air mandian. Ini telah menyebabkan harga daging lembu dan kambing meningkat naik (pasal daging kambing/lembu versi mandi pagi memang tak berbau busuk langsung).

Ofis wife aku telah mengadakan satu program sukarela dengan kerjasama Yayasan Salam untuk membantu mangsa-magsa banjir di Kelantan. Khususnya di Tanah Merah. Wife aku telah menjadi salah seorang daripada sukarelawan itu. Rombongan dari ofis wife aku adalah sebanyak kira-kira belasan orang.

Sedang menanti bas untuk bertolak ke pantai timur.
Bersama rakan-rakan sukarelawan.
Di Tanah Merah. Operasi bantuan dimulakan.
Mengangkut barang-barang ke tempat bantuan akan diberikan.
Masih menapak.
Lori tentera untuk ke destinasi sekolah.

Dalam lori tentera bersama Kak Zu dan Sharul.
Masih di dalam lori tentera dengan kawan-kawan ofis.
Cat yang dibawa dari Kuala Lumpur untuk mencat sekolah.
Air 100 Plus untuk diminum apabila penat setelah bermain badminton nanti. Macam Datuk Lee Chong Wei.
Sukarelawan masih di dalam lori tentera untuk menentnag rejim zionis.
Para sukarelawan telah bersiap dengan kelengkapan masing-masing.
Kerja mencat akan dimulakan sebentar lagi. Nadia dan Kak Zu.
Makanan sukarelawan pada tengah hari itu.
Menikmati makanan siang.
Semua sukarelawan sedang makan siang.
Salah sebuah rumah di Tanah Merah.
Rombongan sukarelawan kali ini telah dihantar ke sebuah sekolah di Tanah Merah untuk kerja-kerja mencantik, melawa dan mengayukan sekolah tersebut. Kerja-kerja membersihkan sekolah dari lumpur telah dilakukan oleh pihak tentera suatu ketika dahulu. Kerja-kerja mencat dinding sekolah akan dilakukan oleh sukarelawan kali ini.

Pihak sukarelawan telah diingatkan supaya berhati-hati dengan wabak yang sedang melanda kawasan banjir ini. Wabak yang dimaksudkan ialah kencing tikus. Apabila ditanya macam mana wabak ini boleh menular di kawasan ini? Sukarelawan diberi tahu bahawa ia adalah kerana ketika tikus-tikus kencing, mereka tak flush jamban, dan tak menjirus kencing mereka dengan air. Ini menyebabkan air kencing tikus-tikus itu merebak ke segenap bahagian kawasan banjir. Untuk mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit ini, para sukarelawan telah diberikan satu ubat kuat. Serta mereka diarahkan untuk memakai topeng muka serta sarung tangan sepanjang masa berkhidmat. Namun demikian, topeng seperti Bandi Amuk tidak termasuk dalam kaedah yang diarahkan itu.

Sebuah masjid yang turut ditenggelami air banjir.
Kerja-kerja mencat sekolah sedang berlangsung.
Setelah selesai bertugas pada hari pertama.
Meninjau ke langit - kot-kot hujan akan turun lagi.
Di kawasan sekolah lagi.
Bersama sukarelawan dari Yayasan Salam.
Di suatu sudut bangunan sekolah.
"Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang... Lalalala..."
Bab makan dan minum adalah sangat sensitif. Sukarelawan digalakkan membawa makanan sendiri, serta air minuman dari Kuala Lumpur. Air dan makanan jalanan dikhuatiri telah dicemari dengan kuman kencing tikus. Pihak yang menyediakan makanan untuk para sukarelawan telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan kebersihan tahap hospital lima bintang.

Lauk-pauk pada kali ini.
Sebuah rumah yang telah beralih angin.
Pencucian menggunakan water jet.
Masa break, selfie seketika.
Sambung kerja mencat dinding sekolah.
Bergambar bersama team Yayasan Salam setelah operasi mengindahkan sekolah selesai.
Selepas sekolah siap dicat dan diindahkan dalam masa dua hari, mereka telah ke Hosital Tanah Merah yang terletak di atas bukit. Hospital ini tidak pula dilanda banjir. Mungkin kerana kedudukannya yang lebih tinggi dari paras air banjir. Di Hospital Tanah Merah, baju-baju sekolah untuk murid-murid telah diagih-agihkan bagi meringankan beban penduduk. Beberapa sumbangan lain telah turut diberikan oleh pihak ofis wife aku. Mereka bertolak pulang ke Kuala Lumpur kira-kira pada sebelah petang. Dan rombongan itu telah tiba dengan selamat di Kuala Lumpur kira-kira melewati jam 12 tengah malam.

Semoga sedikit sumbangan yang diberikan oleh pihak sukarelawan ini akan memberi kesan besar kepada mangsa-mangsa banjir. Dan semoga para sukarelawan juga akan mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Ini ujian dari Allah - untuk mangsa,banjir, dan untuk seluruh rakyat Malaysia. Hikmahnya sudah pasti ada.

Di laman homestay.
Bersedia untuk bertolak ke Hospital Tanah Merah.
Bersiap-siap untuk berangkat.
Menunggu bas tiba.
Hospital Tanah Merah di Kelantan. Bukan di Ganu Kita.
Acara mengagihkan uniform sekolah.
Hospital Tanah Merah.

2 comments:

  1. good job.. banyak pahala sukarelawan semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saling bantu-membantu amalan mulia.

      Delete