m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, March 6, 2015

Mukaku terbakar dek resdung

19 February 2015 - Kami dapat tahu kawan kami Tabib Shidi dan isterinya pandai buat treatment untuk penyakit resdung. Maka pada suatu petang yang aman dan damai, kami serta anak-anak telah ke rumah beliau di Keramat untuk berubat. Isteri aku dan anak perempuan kami dirawat oleh isteri Tabib Shidi. Aku, Syahmie dan Amier akan dirawat oleh Tabib Shidi sendiri.

Proses merawat bermula.
Merawat Syahmie pulak.
Aku merupakan orang pertama yang cuba untuk mendapatkan rawatan dari Tabib Shidi. Anak-anak lelaki aku sudah pasti akan berasa lebih konfiden kalau ayahnya berjaya melalui sessi rawatan ini dengan tenang dan berjayanya. Aku disuruh berbaring di atas lantai oleh Tabib Shidi. Tabib Shidi melihat wajahku. Agak lama dia meniliti. Dahinya sedikit berkerut. Kening turun naik menandakan ada sesuatu yang merunsingkan fikirannya. "Abang punya resdung ni nampaknya macam dah tahap gaban. Kalau nak cepat baik, saya kena masukkan dalam oven kat dapur, bagi semua ulat resdung tu mati sekali gus". Terkejut aku mendengarnya. "Errrr... tak apalah. Buat slow-slow lah. Kot terbakar kepala saya nanti, jadi macam kepala Tuan Tabib pulak". "Baiklah. Kita berubat cara biasa. Menggunakan asap bercampur segala macam ramuan akar kayu seperti akar mengkunyit, gajah beranak, akar kucing galak, lancang besi, tongkat ali, dan kacip fatimah".

Menyalurkan asap ke mata Syahmie.
Mengasap dahi Syahmie pulak.
'Rokok' akar kayu tadi dibakar di sebelah atas. Dan asap keluar mengikut rongga sebelah bawah. Asap itulah yang diratakan ke seluruh muka aku. Dari dahi, ke mata, ke pipi, ke dagu, dan akhir sekali ke lubang hidung. Sebelum tu Tabib Shidi bagi tau aku, "Tahan nafas sekarang". Lalu asap dilalukan ke lubang hidung aku. Perrrrrrggghhhhh!! Perit sampai ke tekak. Sampai ke paru-paru. Sampai ke perut. Sampai ke kaki. Sekali-sekala lilin cair yang terbakar jatuh menitik ke atas mukaku. Terasa panasnya. Muka aku berasa sangat panas dan perit. Segala hama dan 'ulat' tersedak-sedak lantas lemas diselubungi asap. Selain hama, keluar juga segala macam benda lain dari dalam wajahku seperti lipas, cicak, nyamuk dan ulat gonggok. Tak ketinggalan, seekor biawak komodor turut kelam-kabut beredar pergi dari wajahku. Pergh! Selepas habis rawatan selama kira-kira 10-15 minit, Tabib Shidi menunjukkan kesan-kesan resdung pada wajahku. Yang nampak seperti debu kekuning-kuningan itulah kesan resdung. Aku tengok taklah banyak sangat. Ada sikit aje.

Macam ada dry ice kat muka Syahmie.
Masih mengasap muka Syahmie.
Kini tiba giliran Syahmie pulak. Tabib Shidi melakukan yang sama ke atas wajah Syahmie. Syahmie jugak terbatuk-batuk masa mula-mula terkena asap ubat resdung tu. Bila dah agak lama, barulah dia boleh adjust dan kontrol pernafasannya. Setelah 15 minit, kelihatan banyak debu-debu kuning pada wajah Syahmie. Resdung Syahmie nampaknya lebih banyak dari aku. Kami basuh muka setelah sessi rawatan selesai. Bau ubat resdung tu masih kuat di wajah kami walaupun dah basuh muka dengan sabun. Terasa hidung agak lapang sikit. Pernafasan lebih lega. Rawatan macam ni kena dibuat secara berkala. Satu kali rawat tak boleh settle sepenuhnya. Masa cuti sekolah nanti, mungkin kena datang lagi ke sini.

Setelah solat asar dan maghrib, dan setelah menghabiskan kuih-muih yang disajikan kepada kami, kami pun mintak diri untuk pulang dengan perasaan yang lebih lega. Terima kasih Tabib Shidi dan isteri.

Mengasap rambut. Kot-kot ada kutu yang tersesat.
Rawatan hampir selesai.
Final round sebelum menamatkan sessi rawatan.
Kesan putih kekuningan itu adalah tanda resdung yang melanda wajah.

No comments:

Post a Comment