m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, March 24, 2015

Happy birthday Falique 2015

15 Februari 2015 -  Begini lagunya;

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu semua, Allah selamatkan kamu.....

Falique berusia setahun pada tarikh ini. Kami pun datanglah ke rumah Abang Zahid kat Ampang, tempat majlis birthday diadakan. Masalahnya, siapakah dia Falique? Adakah beliau seorang Perdana Menteri di timur tengah? Ataukah beliau seorang Presiden di Amerika Selatan? Atau jugakkah beliau serorang hartawan terhebat di Semenanjung Malaysia? Buat masa ini tidak. Falique adalah anak kepada Fai dan Elin. Cucu kepada Abang Zahid dan Kak Uda. Anak saudara kepada Wawan, Syafiq, Syauqi, Abby, Nicha dan Nana. Cucu saudara kepada aku dan isteri. Itulah siapa Falique sebenarnya.

Gambar-gambar Falique ketika baru dilahirkan sehinggalah dia dewasa.
Kek beruang teddy kuning yang nampak sangat menyelerakan.
Anak-anak buah kami - Nurin dan Intan.
Ayah mentua dan anak menantu - Abang Ngah dan Hairi.
Akid tak pasti sama ada oren tu patut dimakan ataupun tidak. Sementara Abang Zai meneruskan pemakanan sihat.
Kakak dan adik - Nadia dan Azira.
Azira dan Ika di meja makan. Bukan di meja minum.
Jejaka-jejaka hensem idaman se-Malaya yang diketuai oleh Faiisal.
DIskusi serius di petang hari di antara kak Ogie dan kak Timah.
Bersama Kak Esah dan Kak Enon.
Kami sampai di tempat majlis pun agak terlewat jugak. Keknya pun sudah dipotong. Tapi makanan masih banyak lagi yang terhidang di atas meja. Aku cuma makan sikit-sikit aje pasal masih kenyang. Aku sembang-sembang dulu sambil ambil gambar saudara-mara yang datang ke majlis. Lepas tu ada buat majis tahlil sikit. Ringkas aje. Lepas majlis tahlil selesai, aku makan sikit lagi.

Abang Haji Hasni sedang berehat di kerusi tuan pengerusi.
Kak Long dan Kak Ita.
Mukamil nak kan sesuatu dari ayahnya. Cuba teka apakah kehendak Mukamil itu?
Pasangan Hairi dan Nadia.
Kak Uda selaku tuan rumah tidak segan silu memulakan minuman air berkhasiat.
Koas terkejut apabila namanya tercalon dalam Anugerah Artis Popular Berita Harian.
Ayah kepada Falique - Fai.
Syauqi bersama somebody.
Abby bersama somebody.
Abang Haji Khalid bersama somebody. Errr... somebody tu ialah Abang Leman..
Abang Zai sedang khusyuk melayan keenakan pengat.
Masa tu dah lewat petang. Dan badan kami berasa agak lesu. Kalau tak silap aku, kami baru pulang dari menghadiri satu majlis lain. Pasal tulah aku masih kenyang dan agak penat. Lepas bersalam-salaman, kami mintak diri untuk pulang. Kak Uda bekalkan kami dengan makanan yang masih banyak kat dalam periuk. Terima kasih kerana menjemput kami datang. Dan mintak maaf kerana tak dapat stay lebih lama untuk ngobrol-ngobrol. Assalamualaikum!

Mukamil dan Kak Ita.
Banyaknya Pooh tercegat kat tepi pagar!
Empat orang adik beradik bersosial sesama sendiri.
Isteriku dan Kak Shida.
Koas baru nak sarapan pagi.
Elin, ibu Falique, pun baru nak sarapan pagi.
Faiisal dan Taufik gembira. Sebab apa mereka gembira? Sebab Director Ahmad Nefsu suruh mereka buat cenggitu.
Abang Zahid bersama seorang tetamu.
Nicha dengan Nad dan adik Nad. Nicha serius sebab Director Ahmad Nesfu suruh dia buat cenggitu.
Masih bertiga macam tadi. Pasal Director Ahmad Nesfu kata jangan ubah konfigurasi.
Sabriena agak moody sikit petang ni.
Yaya sedang melayan anak buahnya, Harith bermain-main.

No comments:

Post a Comment