m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, March 22, 2015

Birthday Saleh tahun 2015

8 Februari 2015 - Pada tarikh ini, anak buah kami, Syed Saleh genap berusia 13 tahun, kiraan tahun Masihi. Kami belilah kek harijadi dan makanan tambahan untuk meraikan hari istimewa ini di rumah Saleh. Sambutan dibuat kecil-kecilan. Keknya sebesar ibu jari. Pinggan mangkuk sebesar duit 50 sen. Gelas sebesar penutup botol minyak cap kapak. Semua kecil. Barulah betul-betul dinamakan kecil-kecilan. Anyway, selamat hari jadi Saleh. Semoga hidup penuh barokah dan sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah Taala.

Kek harijadi sebelum terbakar.
Kek harijadi semasa terbakar. Sebelum Bomba datang.
Saleh sedang cuba memotong kek ketika ianya terbakar.
Nampaknya api yang marak menyukarkan proses pemotongan kek.
Amier sedang geram dengan kek yang nampak sebegitu sedap. Kebetulan Amier tengah ber-diet.
Kami saja yang meraikan hari jadi Saleh pada malam itu.
Tak ramai kat rumah tu pada masa itu.
Happy birthday Saleh!

No comments:

Post a Comment