m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, March 2, 2015

Kerana cekodok penyet

4 Januari 2015 - Tiba-tiba Mak Teh membuat announcement, "Jom datang rumah makan cekodok penyet yang super hebat! Dijamin puas hati!"

"Jom kita buat pisang goreng cheese!" tambah isteriku.

"Dan masak mi goreng mamak. Chinese style. Jom mari-mari-mari!!" kata Mak Teh lagi dalam Whatsapp.

Maka pada petang tu, aku dan isteri sibuklah mencari bahan-bahan nak buat pisang goreng berlumur cheese seperti yang telah dirancangkan. Nak cari pisang nipah untuk digoreng taklah sebegitu mudah. Akhirnya kami jumpa jugak pisang nipah yang telah setengah masak dijual di sebuah kedai kecil di Kg Melayu Ampang. Aku beli sekali tepung beras dan kapur sirih, serta kapur barus untuk menambahkan lagi kaw masakan itu nanti.

Cekodok penyet spesel yang enak dimakan panas-panas.
Antara juadah yang dihidangkan.
Pisang goreng bersalut cheese.
Memang hebat.
Mi goreng spesel.
Kami sampai di rumah Mak Teh a.k.a. Kak Timah kira-kira sebelum maghrib menjelang. Maka isteriku bersama dua orang kakaknya, Kak Timah dan Kak Piah bertungkus-lumuslah memasak segala macam makanan yang telah dijanjikan. Selain cekodok penyet, pisang goreng bersadur cheese dan mi goreng mamak, ada jugak makanan-makanan sampingan. Aku telah membeli beberapa bahan lain untuk menambah jumlah makanan untuk disajikan kepada tetamu yang sangat ramai bakal memenuhi ruang tamu, ruang dapur, ruang makan dan ruang porch rumah Kak Timah nanti. Ada potato wedges. Ada ayam goreng. Nugget ayam. Ada sosej. Ada beef steak. Ada lamb chop. Ada nasi beri-Yani Johor. Ada nasi beri-Yana Shamsuddin. Ada nasi Arab. Nasi Parsi dan nasi Rom. Ada nasi ayam, nasi itik, dan nasi angsa. Penuh meja makan dengan segala macam makanan dan juadah untuk disajikan kepada tetamu nanti.

Saleh dan Amier main iphone.
Seronok main iphone.
Ada benda yang kelakar dalam iphone.
Memulakan makanan secara official.
Setelah menanti agak lama, nampak gayanya tak ada seorang tetamu pun hadir. Jadi sekadar kumpulan kecil kami ajelah yang terpaksa mengganyang segala makanan yang telah terhidang. Sebelum makan secara official, kami berselawat nabi sikit, dan baca doa selamat. Selepas tu barulah acara makan secara besar-besaran diadakan. Tapi makan macam mana dahsyat dan hebat pun, tak boleh jugak nak dihabiskan kesemuanya. Maka kami tapaulah sedikit untuk bekalan bila balik rumah nanti. Begitulah ceritanya. Yang asalnya nak buat cekodok penyet untuk minum petang, tetiba jadi macam acara dinner celebration pulak. Sayangnya tanpa tetamu yang hadir melainkan kami anak beranak. Sekian.

Menikmati pisang goreng bersalut cheese.
Faiisal happy dapat makan menggunakan pinggan polisterin.
Adik beradik menikmati makanan malam.

No comments:

Post a Comment