25 Ogos 2013 - Dah agak lama aku tak berjumpa Md Nor, salah sorang kawan rapatku masa belajar kat UTM dulu. Tetapi kekadang memang kami ada berhubung melalui telefon. Pada suatu syawal, ketika kami ada kat Putrajaya, aku gunakan kesempatan ini untuk ke rumah kawan lamaku ini. Sebelum tu kami beraya di rumah Nadia yang terletak tak jauh dari rumah Md Nor.
Aku dan Md Nor - sama-sama ada anak perempuan yang sebaya dan comel. Dan bapak-bapaknya sama-sama serabai! |
Sesampainya di rumah Md Nor, aku tumpang solat magrib dulu. Lepas tu baru duduk bersembang kat ruang tamu. Sebelum ke rumah Md Nor, aku telah ke restoran berdekatan membeli sotong kangkung. Niat di hati nak makan sama-sama masa kat rumah Md Nor nanti. Aku tak risau duduk lama-lama kat rumah Md Nor. Pasal Md Nor pun ada anak kecil yang sebaya dengan Sabriena. Jadi lantainya telah dilapik dengan getah tebal supaya budak-budak kecil tak akan tercedera kalau jatuh kat lantai. Barang-barang yang fragile macam kaca dan seramik tidak diletakkan di bahagian yang rendah. Jadi tak ada sebarang kerisauan mengenai barang-barang kaca yang akan jatuh pecah ditarik oleh Sabriena.
Bersama wife Md Nor - Gina. |
Kami berbual mengenai hal-hal semasa. Tak langsung bercerita pasal hal-hal lama. Rupa-rupanya wife Md Nor dah siapkan bihun goreng dengan agak banyak jugak. Tambah dengan sotong kangkung yang berpaket-paket. Banyak jugaklah makanan yang ada kat atas meja tu. Aku buat kira-kira aku sendiri. Kat rumah Md Nor cuma ada beberapa orang dewasa aje. Nak makan makanan yang sebanyak itu memang confirm tak habis. Silap haribulan masuk ke rumah Encik Thong. Jadi akulah yang membedal sotong kangkung sampai berpinggan-pinggan banyaknya. Tetiba aku dapat panggilan telefon dari mak aku. Dia suruh kami segera ke LCCT, pasal maid aku dijangka akan sampai dari Indoseia kira-kira jam 9 malam. Jadi kami pun mintak diri dan ucapkan terima kasih kepada Md Nor sekeluarga. Dan terus aku memandu kereta meluru ke LCCT.
No comments:
Post a Comment