23 Ogos 2013 - Dari
rumah Kak Yati, kami terus bergerak ke Hulu Langat untuk ke rumah sorang lagi teman lama - Maulana. Masa tu memang dah larut malam. Hampir mencecah jam 12 malam. Tapi pasal kami dah janji dengan Maulana akan ke rumahnya, maka usaha nak ke sana kami teruskan jugak. Wife aku yang dah pernah ke sana ingat-ingat lupa arah ke rumah Maulana. Tapi akhirnya kami temui juga apabila Maulana memberikan arahan melalui telefon untuk ke rumahnya.
|
Walaupun letih, Sabriena tetap nak menikmati malam Syawal yang hebat ini. |
|
Mendengar cerita ibu kepada Maulana. |
|
Wanie dah mula letih dan bosan. |
Dari luar, kami nampak bendera Malaysia sedang berkibar dihembus angin malam. Lampu kebiruan turut memberi seri malam kepada laman rumah yang memang telahpun tersergam cantik. Kedatangan kami disambut baik oleh Maulana dan ibunya yang memang mengenali isteriku. Kami masuk ke dalam rumah dalam keadaan mata dan jasad yang agak keletihan.
|
Ibu Maulana yang peramah. |
|
Berbual sambil mengunyah kuih raya. |
|
Makan kuih raya di malam raya yang larut. |
Isteriku berbual dengan ibu Maulana mengenai kisah lama ketika mereka masih berjiran. Aku sekadar menjadi pendengar sambil mengunyah kerepek-kerepek yang disajikan. Sesekali kugigit kerepek pisang. Ada kalanya kuganyang pulak kerepek ubi. Sesudah itu, aku meratah kerepek bawang. Dan bila aku dah semakin kebosanan, akan kulahap kerepek kerbau dan seladang, sambil menguak panjang... Tetapi yang terlebih hebat adalah air kopi-o nya. Bergelen-gelen aku teguk air kopi. Tetapi mataku masih lesu.
|
Maulana the man! |
Rumah Maulana sangat cantik berhias. Baik di dalam, mahupun di luar. Maulana yang memang suka berkemas telah memastikan setiap inci rumahnya tersusun dengan rapi agar tenteram hati, dan sejuk mata yang memandang. Memang hebat. Ada kolam renang kecil kat depan rumah. Seni landskapnya juga sangat hebat. Bunyi air terjun jatuh ke kolam renang tu yang membuat seleraku untuk tidur semakin membuak-buak. Setelah jam menunjukkan waktu melewati tengah malam, kami minta diri untuk pulang. Anak-anak pun dah bermata merah menahan ngantuk. Okay! Ada kesempatan, kita bertamu lagi, Maulana!
|
Swimming pool rumah Maulana yang sangat cantik. |
|
Wanie dan swimming pool. |
|
Mama, Sabriena dan swimming pool. |
|
Blue house dan bendera Malaysia. |
No comments:
Post a Comment