Bahagian 2 (Akhir)
Kebiasaannya kalau keluarga kami buat
kenduri, mesti ada agenda sampingannya. Selepas selesai para jemaah bertahlil dan membaca doa, dan setelah para jemaah makan dan pulang, maka bermulalah acara sampingan yang memang menjadi kesukaan sesetengah dari kami. Acara yang dimaksudkan ialah acara happy birthday dan potong kek.
|
Ini adalah tuan rumah. |
|
Nama beliau ialah Ardi. |
|
Ardi puas hati sebab majlis berjalan lancar. |
|
Lepas semua orang balik, Ardi nak tidur bawah kipas. Terlalu penat gamaknya. |
|
Nana terpegun melihat tahi lalat Mak Long yang ohsem. |
Walaupun majlis happy birthday ini bagi meraikan mereka yang dilahirkan pada bulan Oktober, namun tiga dari empat kek yang terhidang tercatit nama Ika di atasnya. Wah! First time Ika dapat kek banyak macam tu. Boleh buat mandi dan lumur kat satu badan. Macam-macam perasa kek yang disediakan. Ada perasa cokelat, ada perasa vanila, ada perasa oren, ada perasa tomyam, dan tak ketinggalan juga ada perasa nasi goreng belacan. Para hadirin pun menyanyikanlah lagu rasmi hari jadi dengan semangat penuh berkobar-kobar sebelum kek dipotong oleh Ika, Taufiq, Zuan, Nadia dan Adik Emilynne.
|
Kek birthday Ika. |
|
Ini pun kek birthday Ika jugak. |
|
Eh! Kek yang ini pun kek Ika jugak ke? |
|
Okay. Yang ini bukan kek Ika. |
|
Empat biji kek yang tersusun. |
|
Orang-orang yang diraikan. |
|
Bersiap-sedia memasang lilin. |
|
Taufiq mencuba untuk menyalakan lilin. |
|
Ika sedang menyusun 25 batang lilin kat atas kek. |
|
Lilin dinyalakan bagi menghalau lalat dan langau yang berterbangan. |
|
Api telah dipadamkan. Masa untuk memotong kek. |
|
Masih memotong kek. |
|
Dan terus memotong kek. |
|
Elin turut hadir ke majlis. |
|
Zila juga turut hadir ke majlis ini. Eh! Memanglah, sebab dia tuan rumah. |
Bila aje kek siap dipotong, maka berebut-rebutlah para tetamu memakan kek tadi dengan hati yang gembira. Walaupun kek ada empat biji, namun habis jugak ia dimakan oleh para tetamu yang berlagak bagaikan piranha yang kelaparan di padang pasir yang tandus. Lepas makan kek, boleh makan nasi tambah pasal masih banyak lagi makanan yang berbaki di dapur.
|
Tetiba Nadia mengaku birthday bulan Oktober dan terus memotong kek. |
|
Zuan pun nak potong kek jugak. |
|
Happy dapat potong kek. |
|
Sangat happy dapat potong kek.... |
|
...sampai tak nak lepaskan pisau kek dari tangan. |
|
Sangat puas hati sebab dapat potong kek. |
|
Taufiq sibuk layan FB. Zuan masih tak puas nak memotong kek. Lagi dan lagi... |
|
Shasha dan Suraya. |
|
Cuba teka, siapakah yang menyuapkan Suraya makan? |
|
Nana tengah happy. Zuan masih terkenang saat-saat manis memotong kek tadi. |
|
Kak Shidah dan Kak Esah. |
|
Hafez dan Amin. |
Pak Akob dari Flat Sri Sabah, salah sorang kawan baik Allahyarham Ayahanda Atan, telah datang ke rumah bagi membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan direnjiskan air di sekeliling rumah. Waktu tu ramai tetamu yang dah pulang. Sebelum kami beransur pulang, kami tunggu dulu Zila dan Kak Esah membungkus makanan yang masih banyak kat atas meja. Bawak sorang sikit buat berkat. Kami pulang dengan hati yang ceria. Terima kasih Ardi dan Zila.
|
Pak Haji Akob sedang membaca doa. |
|
Banyak betul makanan untuk dibungkus. |
|
Zila dan Kak Esah membungkus makanan. |
|
Taufiq makan lagi. |
|
...dan terus makan tanpa henti. |
|
Intan dan Wanie yang gembira pasal perut dah kenyang. |
|
Amier sedang bukak bunga silat pulut inti kelapa. |
|
Amin membersihkan semua sampah kat flat tu. |
No comments:
Post a Comment