Bahagian 1
2 November 2013 - Kenduri tahlil arwah telah dibuat di kediaman Abang Zahid bagi disedekahkan kepada roh-roh muslimin dan muslimat yang telah pulang ke rahmatullah, khususnya buat Allahyarhamah bonda kepada Abang Zahid. Abang Zahid mintak tolong aku bacakan doa dan conduct majlis tahlil. Aku cubalah sekadar yang aku mampu, walaupun bacaanku masih tersangkut-sangkut.
|
Antara tetamu yang hadir awal. |
|
Abang Zai berborak dengan Abang Long kepada Abang Zahid. |
|
Sebahagian tetamu mengambil tempat di tangga kambing, macam kat stadium. |
|
Doa dah selesai dibaca. Merokok sebentar sebelum beratur mengambil makanan. |
Ramai jugak ahli keluarga yang datang, baik dari pihak Abang Zahid, mahu pun dari pihak Kak Uda. Majlis bacaan Yaasiin dan tahlil dibuat agak ringkas. Sesudah selesai membaca doa, kami semua dijemput untuk makan juadah yang telah disajikan. Banyak sungguh lauk pauk masakan kampung yang dihidangkan. Memang terbuka selera aku pada malam tu. Makan pun sampai bertambah-tambah.
|
Banyaknya lauk yang hebat-hebat! |
|
Tetamu lelaki ambil makanan dulu. |
|
Ali memulakan makan dengan buah-buahan. |
|
Tengah menunggu barisan mengambil makanan memendek. |
|
Faridz minum air Red Bull dalam cawan. |
|
Semua tetamu sangat menikmati makanan yang disajikan. |
|
Kesedapannya terserlah pada reaksi wajah masing-masing. |
|
Mendengarkan cerita Emi. |
|
Taufiq dan Ali tak dapat menyangkal akan keenakan masakan pada malam itu. |
|
Giliran tetamu perempuan pulak berbaris untuk mendapatkan makanan. |
|
Siti dan Syakirah. |
|
Sabriena dalam dakapan kakak sepupunya, Nana. |
Mula-mula tetamu lelaki yang makan dulu. Lepas tu barulah tetamu wanita pulak. Tetapi masa giliran tetamu wanita makan, aku turut enter frame makan sekali lagi pasal satu round makan memang tak cukup.
Di suatu sudut kamar yang lain, Sabriena yang melihatkan keaadaan sekelilingnya dipenuhi dengan orang ramai mula berasa cemas dan bagai ketakutan. Lalu menangis-nangislah Sabriena. Seorang demi seorang sepupunya cuba memujuk sambil mendukung Sabriena. Tetapi Sabriena tetap menangis. Akhirnya aku ambil dia dan peluk. Sabriena masih menangis teresak-esak. Dah agak lama barulah dia terdiam dan terus melekap dalam dakapan aku.
|
Nabiha bersama Pak Tam Leman. |
|
Sabriena dah tak dapat menahan rasa takutnya. Lalu menangis sekuat hati. |
|
Berehat setelah puas makan. |
|
Ardi baru aje nak makan. |
|
Ardi makan dengan penuh serius bagi memastikan setiap biji nasi dapat dirasai akan kenikmatannya. |
|
Ardi suka makan nasi. Tiap-tiap hari Ardi makan nasi. |
|
Koas pun baru selesai makan jugak. |
|
Akhirnya Sabriena lepak dengan aku. |
|
Sabriena macam mengantuk, tapi masih tak mau tidur. |
|
Aku dan Sabriena. |
|
Masih ada sedikit rasa takut dalam diri Sabriena. |
|
Sabriena dah semakin mengantuk. |
|
Cucu saudara aku, Hani pun dah mengantuk juga. |
|
Kejap lagi tertidurlah dia. |
|
Syauqi - lama tak nampak dia. |
|
Aku tak pasti sama ada Fai baru nak makan, atau Fai masih tak sudah-sudah makan sejak dari tadi. |
Setelah majlis tahlil dan makan-makan selesai, ada pulak majlis sambutan hari jadi bagi meraikan ahli keluarga yang dilahirkan pada bulan Oktober dan November. Antara October babies termasuklah anak kami, Wanie. Dan salah sorang December babies pulak ialah isteriku.
Bersambung...
|
Kek hari jadi. |
|
Siapakah empunya kek cantik ini? |
|
Menyiapkan lilin di atas kek. |
|
Koas akan pasang api kat lilin. Mula-mula curah minyak tanah dulu. Lepas tu baru cucuh api. |
|
Kak Uda - eh, mana makanan? |
|
Safiyah dengan special pose. |
No comments:
Post a Comment