1 September 2013 - Tiap-tiap tahun kalau beraya, kami mesti ke rumah pakcik bongsu kami - Pakcik Rizali. Cuma bezanya kali ni, mak aku tak dapat ikut pasal dia tak sihat. Mak aku baru balik dari hospital sebab penyakit
DVT yang dialaminya. Mak aku cuma kirim salam ajelah kat semua saudara mara yang hadir.
|
Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai. Masa ni kami baru jer sampai. |
|
Shimi dan Pakcik Tahar pun ada jugak. |
|
Pakcik Rizali sedang berbicara isu hangat dengan Izuddin. Isu pemanasan global. |
|
Tasha dan Hani. |
|
Sepupuku Zura. |
Masa kami sampai, ramai jugak saudara mara dari jauh dan dekat yang ada kat rumah Pakcik Rizali. Kami biarkan tetamu yang datang awal habiskan makan dulu. Sambil tu aku sempat jugak menjenguk-jenguk kat dapur. Bukannya apa, just nak make sure masih banyak lagi makanan dalam simpanan. Al-maklumlah, perut pulak tengah lapar sangat ni.
|
Duduk-duduk dengan Sabriena sebelum sampai giliran aku untuk makan. |
|
Dua orang sepupu dan sahabat karib - Saleh dan Amier. |
|
Saleh duduk di atas monyet kutub terlalu lama, sampai penyek leper monyet kutub tu. |
|
Amier pun join duduk atas monyet kutub. Kesian monyet kutub tu. |
|
Sabriena selesa didukung Taufiq. |
Bila line dah clear, barulah aku menerpa ke meja makan lantas mendapatkan makanan yang terhidang sekian lama, bagaikan memanggil-manggil namaku. Kebiasaannya Makcik Noorizan akan menghidangkan nasi dagang style Terengganu dan ketupat daun palas. Kalau sesiapa bernasib baik, mungkin jugak dapat merasa makan ketupat daun kelapa, ketupat daun sirih, ketupat daun ketapang, dan ketupat daun terup.
Sambil menikmati makanan yang terhidang, kami berborak-borak dan beramah mesra. Walau bagaimanapun, kami tak dapat duduk lebih lama kat rumah Pakcik Rizali pasal lepas ni kami nak ke Kalumpang pulak, kat tempat kakak iparku. Jadi kami pun mengucapkan terima kasih kepada Pakcik Rizali, Makcik Noorizan serta seluruh ahli keluarga, kerana layanan baik yang telah diberikan kepada kami sepanjang kami berada di sana, walaupun singkat.
|
Isteriku terpaksa memberi penjelasan panjang lebar kepada Pakcik Rizali, kenapa dia pakai baju warna oren pada hari tu. |
|
Wanie menghadap kuih-muih raya. |
|
Menghadap kuih sampai habis kuih dalam balang. |
|
Shimi gembira sebab dapat jumpa ramai saudara mara. |
|
Pakcik Rizali melambai kami semua. Bye-bye! |
No comments:
Post a Comment