25 Ogos 2013 - Masa raya tahun lepas, maid kami mintak cuti satu bulan pasal dia plan nak bekerja lama dengan kami. Nanti lepas balik dari cuti, dia akan sambung balik bekerja dengan kami untuk beberapa tahun lagi. Kami okay aje. Setengah bulan dia cuti masa bulan puasa. Dan setengah bulan lagi dia bercuti pada masa raya. Memanglah masa tak ada maid, kami agak kelam kabut sikit. Tapi bila bergotong-royong, semua jadi mudah. Bak kata Wonder Pets, "Apa yang penting? Kerjasama!"
Bergambar dengan Nadia. |
Sabriena dah tak sabar-sabar nak dilepaskan dari dukungan. |
Pada tarikh ini sepatutnya maid kami akan tiba di airport LCCT jam 9 malam. Jadi kami ambil kesempatan ini untuk melawat dan beraya di rumah kengkawan kami yang ada kat Putrajaya. Bermula dengan mengunjungi rumah kawan isteriku, Nadia. Kami sampai time maghrib. Masa tu mak ayah Nadia tak ada kat rumah. Jadi wife aku borak-boraklah dengan Nadia dulu. Bila parents Nadia balik, borak-borak pulak dengan parents Nadia. Ayah Nadia sangatlah peramah dan mudah mesra dengan tetamu. Waktu maghrib semakin lama semakin singkat. Ingatkan nak tumpang solat maghrib kat situ. Tetapi melihatkan gaya Sabriena yang suka mencapai segala macam barangan hiasan yang ada kat rumah Nadia, membuatkan kami jadi tak konfiden untuk berada lebih lama kat situ. Khuatir akan ada barang-barang kaca dan kristal yang pecah pulak nanti. Jadi kami pun mintak diri dan terus berkunjung ke rumah kawanku pulak yang terletak tak jauh dari situ. Dan tumpang solat maghrib kat situ ajelah. Anyway, terima kasih kepada Nadia sekeluarga yang melayan kami dengan baik sepanjang kami berada di sana dalam jangka waktu yang sangat singkat.
Bersama ibu Nadia. |
Ayah Nadia yang sangat peramah. |
Dengan tuan rumah. |
Last post sebelum berangkat pergi. |
No comments:
Post a Comment