m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, February 3, 2014

Hari sukan Talisman 2013: Kemalangan tidak berbau wangi

Bahagian 1

9 November 2013 - Tiap-tiap tahun ofis wife aku ada buat sukan tahunan ala-ala olimpik. Maklumlah, staf ramai. Cukup korumlah nak buat pertandingan sukan sesama sendiri. Kekadang inter department. Tapi tahun ni ada rumah sukan macam masa kat sekolah. Ada rumah kuning, rumah purple, rumah biru, rumah merah. Malah ada jugak rumah rainbow, rumah cokelat, rumah kelabu taik anjing, rumah banglo, rumah teres dan rumah kayu beratap rumbia. Antara jenis sukan yang biasa dipertandingkan termasuklah futsal, netball, badminton, indoor games seperti congkak, carrom dan sebagainya. Malah kekadang ada jugak sukan F1, berenang rentas Laut Cina Selatan, gymrama, dan lompat tinggi bergalah. Tapi tahun ni nampak gayanya fokus diberikan buat sukan futsal dan bola handball sahaja.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Dulu-dulu-dulu aku pernah kat sini main bola sepak untuk ofis.
Pertandingan sukan ni dibuat di merata-rata tempat. Antara tempat yang paling best pernah dibuat ialah di KLCC. Tapi biasanya kat Sports Planet. Tapi pertandingan kali ni dibuat di satu tempat baru - Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia di sekitar Ampang jugaklah. Kata Hafiz, orang kuat sukan, nak book kat tempat lain macam dah penuh. Jadi yang tinggal cuma kat sini aje. Kira okay ajelah. Janji boleh bersukan dan beriadah. Sukan futsal dibarisi oleh pemain-pemain handalan lelaki. Sementara sukan handball pulak diwakili oleh pemain-pemain wanita. Wife aku, mewakili rumah kuning pun terlibat sama dalam sukan handball ni. Kebanyakan peserta tak berapa familiar dengan sukan ni. Mostly first timer. Jadi tang undang-undang permainan ni ramailah yang tak tau. Siap kena panggil orang expert lagi untuk memberi penjelasan tentang sukan handball ini.

Abang Hashim yang sentiasa happy.
Bersantai di bawah khemah.
Berbual-bual sesama sendiri.
Menanti ketibaan lauk makan tengah hari.
Buatlah apa-apa yang patut.
Waktu pagi aku hantar wife aku ke Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia yang terletak tak sebegitu jauh dari rumah kami. Amier pun ikut sama meneman mamanya. Aku terus balik rumah dulu. Ingatkan nanti siang sikit nak datang nengok peserta beraksi di gelanggang. Kira-kira hampir tengah hari, aku pun bertolaklah ke sana setelah menyelesaikan urusan aku kat rumah. Sesampainya kat situ, tiada satu aksi perlawanan pun yang sedang berlangsung. Aku ingatkan semua game dah habis. Cepat betul! Rupa-rupanya wife aku kata perlawanan semua jenis sukan telah diarahkan untuk dihentikan sebab telah berlaku kemalangan yang agak serius di gelanggang futsal. Seorang player telah terjatuh apabila di-tackle agak kasar. Bila dia jatuh, bahagian bawah mukanya telah terhentak dengan besi pengikat jaring yang terpacak dari lantai konkrit. Ingatkan cuma cedera ringan aje. Player tu bangun seketika, dan tak lama lepas tu terus dia collapse. Melihatkan kejadian ini, terus pihak management ofis wife aku arahkan semua game dihentikan serta-merta. Safety first! Itulah prinsip ofis wife aku.

Makan dan makan lagi.
Antara players handball yang hadir.
Ada somebody buat lawak tahap gaban. Ketawa sampai keluar air mata.
Aksi tenung botol plastik sampai cair.
Linda dan Nadia pun ada jugak.
Yes! Kami berdua memang sahabat baik.
Sekumpulan pemain handball.
Wife aku bersama teman-teman akrabnya.
SMS: "Abang, datang sini cepat. Bawak tupperware besar-besar. Kita nak bungkus lauk nasi arab."
Turut memberikan sokongan dalam bersukan.
Saif - pembekal nasi arab yang hebat.
Ini adalah salah satu gelanggang futsal / handball.
Ini pulak merupakan gelanggang yang bermasalah.
Besi terpacak yang sangat berbahaya.
Besi macam ni ada banyak kat tepi gelanggang. Maintenance gelanggang ni tak begitu sempurna.
Jadi para pemain, olahragawan dan olahragawati ofis, tak dapatlah meneruskan kehangantan sukan untuk kali ini. Masing-masing duduk lepaklah bawah khemah sambil makan-makan dan minum-minum. Makanan sarapan pagi tadi pun masih banyak lagi. Malah sebahagian besar peserta terus balik ke rumah maisng-masing. Yang selebihnya masih menunggu sambil berbual-bual sakan. Pasal makanan tengah hari akan tiba tak lama lagi. Dan menunya ialah nasi al-arabia. Ada kambing masak mandy lagi. Itulah yang menjadi kegilaan remaja zaman kini. Bila aku dengar tentang ura-ura akan adanya nasi arab, aku memang terus bertekad untuk menunggu dan terus menunggu sehingga tibanya nasi yang menjadi pojaan hatiku!

Bersambung...

Amier dan Sabriena bersama mama.
Sabriena pun nak tumpang makan jugak.
Sister G-Ha dan Ilme.
Duduk melepak ajelah dulu.
Tiga sekawan.
Tiga sekawan strikes again.
Banyak suami-suami yang hadir untuk memberikan sokongan.
Letih menanti nasi arab.
Nasi arab memang best. Walaupun belum makan lagi, ia tetap best.
Tanggung jawab menjaga anak tidak diabaikan.
Linda dan Nadia sekali lagi.

1 comment: