Pada hari Jumaat lepas, DYMM Agung Malaysia datang solat Jumaat kat masjid baru kat Kerinchi (boleh nampak kat tepi Federal Highway). Sebelum dia datang, aku dah diberi tahu oleh Pak Hassan, petugas masjid kat situ. Aku ke masjid agak lewat sikit. Orang dah ramai datang. Malah DYMM Agung pun dah sampai dan ada kat dalam masjid. Lepas ambil wudhuk, aku masuk ke dalam masjid, dan aku nampak DYMM Agung tengah duduk atas kerusi kat saf paling depan. Maklum sajalah, bila dah semakin berumur, lutut selalu jam. Jadi kenalah duduk atas kerusi, macam ramai jemaah surau kat tempat aku.
|
Inilah masjid baru kat Kerinchi. |
|
Kereta mewah DYMM Agung. |
Bila dah habis solat, aku pun berdirilah kat luar masjid dengan harapan dapat ambil gambar Tuanku. Kalau dapat salam pun kira cantek jugak. Untung-untung dia hulur angpow RM100 kira lepas jugaklah duit minyak untuk minggu tu. Bukan aku saja yang menunggu dengan penuh sabar, ahli jemaah lain pun turut sama menunggu dengan handphone masing-masing. Ada jugak yang bawak kamera canggih untuk menangkap gambar Tuanku in action.
|
DYMM Tuanku dah keluar dari masjid, nak masuk ke dalam keretanya. |
Setelah Tuanku keluar menghala ke kereta mewahnya, aku pun cubalah menangkap gambar kat tengah-tengah orang ramai tu. Tapi telipon Blackberry aku tu bab-bab ambil gambar ni memang agak lembab sikit. Jadi by the time aku petik gambar, Tuanku dah pun masuk ke dalam kereta. Alamak! Ter-miss-lah pulak. Takkan aku nak suruh Tuanku keluar balik dari kereta. Last-last ambil gambar kereta ajelah, dengan gambar bodyguard dia. Next time kalau ada rezeki, bolehlah aku bergambar berdua dengan Tuanku. Dan masa tu korang semua jangan jeleslah, pasal sebelah tangan aku letakkan atas bahu Tuanku, dan sebelah lagi sedang menggenggam angpow berisi RM1,000. He he he...
|
Berebut jemaah nak ambil gambar Tuanku. Angle kamera aku tersalah target-lah. |
|
Tuanku dah masuk kat dalam kereta. Aku melepas nak bergambar dengan Tuanku. |
No comments:
Post a Comment