Bahagian 1
Pada 12 Mei 2013 adik aku ajak kami sekeluarga makan kat Hotel Corus sempena Hari Ibu. Aku bab-bab makan free kat hotel ni memang sangat teruja. Tak kiralah Hari Ibu ke, Hari Bapa ke, Hari Anak Lelaki ke, Hari Anak Perempuan ke, Hari Kakak ke, Hari Abang ke, Hari Kucing ke... janji makan free.
|
Farid, kakakku dan ibuku. |
|
Dua orang ibu. |
|
Farid bersama datuknya. |
|
Adikku bersama Wanie. |
|
Sabriena bersama bibik. |
|
Amier dan mama turut happy dapat makan kat hotel. |
|
Sedang menjamu selera. |
Sampai aje kat hotel, aku terus menerkam makanan yang terhidang bagaikan seekor harimau menerkam badak air di Lautan Pasifik. Dan aku terus makan beberapa pinggan sehingga kenyang. Setelah seketika lamanya, barulah aku menyedari bahawa tadi aku telah makan pinggan. Bila tersedar dari lamunan, barulah aku mula makan makanan. Macam-macam makanan aku makan. Oleh kerana tak nak membazir, aku terpaksa menghabiskan semua makanan yang terhidang. Sampai ke dapur aku pergi untuk mengutip semua makanan yang tersimpan.
|
Pakcik clown nak tumpang bergambar. |
|
Budak-budak dapat belon spesel. |
|
Farid termenung dekat lima jam, rambang matanya tak tau nak pilih makanan yang mana satu. |
|
Ramai jugak orang yang makan-makan kat sini. Ada harga promosi. |
|
Mulut Wanie penuh dengan makanan yang tak sempat dikunyah. |
Selain dari memakan makanan yang terhidang, kami juga ada masuk beberapa permainan yang telah dianjurkan oleh pihak hotel. Game pertama ada kena mengena dengan buah epal. Pihak penganjur bercadang untuk meletakkan buah epal kat atas kepala anak, dan ibu-ibu perlu memanah dengan tepat ke arah epal tadi dengan menggunakan crossbow. Semua peserta membuat bantahan kerana game macam tu terlalu berbahaya. Lalu penganjur tukar game lain. Epal kena diletak di antara kepala ibu dan anak. Yang masuk pertandingan tu ialah isteriku dan Wanie.
|
Para peserta bersedia untuk main game. |
|
Satu pasang diberikan sebiji buah epal. |
|
Epal perlu diletakkan di atas dahi. |
|
Epal hijau lebih susah dari epal merah untuk diimbangkan. |
|
Isteriku dan Wanie telah berjaya mengimbang epal selama kira-kira lebih lima minggu lamanya. |
|
Para peserta sedang mencuba sehabis baik. |
|
Wanie berasa lapar. Dia nak makan epal ini. Tapi mama kata jangan makan, pasal ini adalah epal pertandingan. |
|
Wanie tak dapat makan epal. Ambil bau aje pun kira jadilah. |
|
Epal hijau telah turun ke mata Wanie. |
Kalau setakat letak epal kat dahi jer kira senanglah jugak. Tapi peserta jugak disuruh buat beberapa aksi stunt seperti melompat, berlari, terjun papan anjal, menari shuffle, serta buat drift tanpa menjatuhkan buah epal tadi. Oleh kerana aksi tadi terlalu mencabar, maka banyaklah peserta yang telah gagal bertahan dengan epal di dahi. Isteriku dan Wanie hampir-hampir bergelar juara. Tapi akhirnya kecundang juga di tangan sepasang ibu dan anak lelaki yang telah berjaya mengekalkan epalnya di dahi masing-masing. Setelah dikaji, barulah aku tau, rupanya pasangan ibu dan anak ini menggunakan Gam Gajah. Sampai ke hari ini, diberitakan epal tu masih lagi melekat di dahi kedua ibu dan anak tadi.
Bersambung...
|
Pasangan ini bakal menjadi juara imbang buah epal. |
|
Pakcik clown sedang buat lawak seram, sambil berkata, "Saya bukan bodoh. Saya bukan bodoh. Saya bukan bodoh!!" |
|
Para peserta masih gigih mempertahankan buah epal, walaupun dah dekat dua bulan mereka terpaku di situ. |
|
Wanie tengah cuba nak bawak epal itu ke mulutnya, supaya dia boleh gigit epal itu. |
|
Upacara pemberian hadiah kepada peserta. |
|
Gembira dapat hadiah nombor dua. |
|
Bergambar bersama peserta lain. |
|
Juara dapat jambak bunga yang besar. |
|
Tempat kedua dapat jambak bunga kecil. |
|
Ibu dan kakakku masih menikmati makanan. |
|
Sabriena didukung bibik. |
|
Sabriena suka kena dukung. |
|
Puas kenyang setelah makan. |
|
Wajah kegembiraan. |
No comments:
Post a Comment