Bahagian 1
Pada 25 Mei 2013 lalu, kami satu rombongan telah bertolak dari KL ke Johor untuk melawat saudara-mara wife aku kat Johor, khususnya kat Ulu Tiram. Sebenarnya ada kerja kahwin. Anak salah sorang sepupu wife aku kahwinkan anak perempuan dia. Masa tu tengah cuti sekolah. Jadi semua budak-budak ikut, melainkan Sabriena. Turut bersama kami dalam Exora ialah Ali. Yang lain telah bertolak lebih awal.
|
Menanti di R&R. |
|
Tengah tunggu wife aku siap solat. |
|
R&R ni boleh tahan jugak cantiknya. Tapi aku masih tak ingat kat mana. Pagoh kot? |
Kami singgah di salah sebuah R&R di Johor. Tak ingat pulak aku kat mana. Kat situ kami bersolat dan beli buah-buahan tempatan. Nampak segar bugar dan besar-besar buah-buahan yang dijual. Sangat menyelerakan! Kami juga minum-minum dan makan-makan ringan untuk menambah power sebelum meneruskan perjalanan ke Johor. Perjalanan kami teruskan dalam keadaan yang agak tenang. Kami sampai kat Johor, rumah Pian & Aniza agak lewat malam. Ada sebahagian ahli keluarga yang lain dah mula tidur. Aku yang agak keletihan tak ada masalah untuk terus tidur kat ruang tamu, bersama Abang Zahid, Abang Zai dan Abang Karim. Wife aku pulak, dengan kakak-kakaknya nampak gayanya tidur lewat pasal berborak panjang adik-beradik.
|
Syahmie dengan nanas gergasi - spesis dinosaur. |
|
Ali terkejut siamang bila ternampak jambu batu yang rasanya tak macam batu pun. |
|
Inilah gerai buah-buahan yang hebat. |
|
Syahmie berwuduk. |
|
Amier menunggu abangnya siap solat. |
|
Ali dan Amier. |
|
Tetiba Amier berasa sedih. |
|
Baru habis solat. |
|
Robot Transformer+Predator ni tetiba muncul dan menggemparkan seluruh pengunjung R&R di sini. |
Paginya kami bangun awal dan bersarapan di kedai mamak berdekatan. Lepas tu Abang Zai turut tapau roti canai untuk dibawa pulang bagi sarapan ahli keluarga yang lain yang ada kat rumah. Pagi tu aku tak ada buat aktiviti apa-apa, cuma main petik-petik gitar yang aku bawak dari rumah. Aku memang dah agak, mesti boring kalau tak ada aktiviti.
|
Sarapan pagi di kedai mamak - aku, Abang Zai, Abang Zahid, Syahmie, Amier dan Ali. |
|
Ramai jugak orang tempatan bersarapan kat sini pagi-pagi hari. |
|
Abang Zahid sedang khusyuk makan roti canai perasa mamak. |
|
Syahmie dah kenyang makan. |
|
Ali kenyang lantas terharu setelah makan roti canai perasa mamak. |
Bila menjelang tengah hari, kami semua bersiap-siap dengan baju cantik-cantik, berwarna-warni dan berseri-seri untuk ke majlis pengantin di Ulu Tiram. Kami pergi secara konvoi. Yang nak kahwinnya ialah anak Abang Maya dan Kak Siput. Cucu Pakcik Mon. Kedatangan kami disambut mesra oleh keluarga di Ulu Tiram. Kami happy, tuan rumah jugak happy. Bukannya selalu kami ke Ulu Tiram. Sesekali bersua memanglah terasa mesra.
Bersambung...
|
Bersiap-siap nak pergi ke majlis orang kahwin kat Ulu Tiram. |
|
Posing dulu sebelum bertolak. |
|
Telah sampai di perkarangan rumah Pakcik Mon. |
|
Moh kita masuk. |
|
Ali, Kak Uda dan Abang Zahid. |
|
Nicha pun ada jugak. |
|
Bersalaman dan bertegur sapa dengan keluarga sebelah Johor. |
|
Melangkah terus ke rumah Pakcik Mon. |
|
Melalui pintu gerbang. |
|
Sesiapa yang lalu di bawah pintu gerbang ni dikira menjadi tetamu VVIP. |
|
Posing depan pintu gerbang pengantin. |
|
Masih di gerbang lagi. |
|
Berpelukan dengan Kak Siput. |
No comments:
Post a Comment