Kami memang biasa ziarah kubur kat Jalan Ampang pada bulan Ramadhan. Ya. Ini memang kisah lama. Masa bulan puasa baru ni. Beberapa hari sebelum raya, ayah aku ajak aku pergi ziarah kubur nenek dan datuk aku. Kami pun pergilah berdua beranak ke destinasi. Masa tu cuaca memang panas betul. Terasa bahangnya sampai ke kepala. Selain dari kubur nenek dan datukku, kami jugak pergi ziarah kubur abangku dan kubur makcikku yang juga terletak di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.
Dulu ada pokok di sini. Tapi sekarang dah togel! |
Suasana di tanah perkuburan tu nampak agak berbeza sikit. Prasarananya dah semakin meningkat. Tapi ada banyak jugak pokok-pokok besar yang dah tumbang dan dipotong. Dengar khabarnya pokok-pokok tu tumbang semasa hujan lebat dan angin kuat melanda KL suatu ketika dulu. Bila pokok-pokok tu dah tak ada, maka lebih panaslah suasana. Tak begitu redup macam dulu lagi. Dengan cuaca yang sangat panas tu, ayah aku jadi cepat letih dan lemah badannya. Jalan sekejap dah kena rehat. Begitulah keadaanya sampai kami tiba kat kereta.
Ini kubur nenek aku. |
Masih di kubur nenek aku. |
Ini kubur datukku. |
Masih di kubur datuk. |
Ini kubur kakak kepada ayah aku. |
Ini kubur abang aku - tanpa batu nesan. |
Ayahku terlalu penat. Terpaksa rehat kejap kat tepi tong sampah. |
Setelah ziarah tanah perkuburan di Jalan Ampang, kami ziarah pulak tanah perkuburan di Ampang Indah. Kat sini aku ajak Syahmie yang kebetulan tengah cuti raya. Kami ziarah kubur ayah dan ibu mentuaku, serta kubur anak sulung kami. Lepas tu barulah kami pulang dengan badan terasa agak keletihan. Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kedudukan yang paling mulia di sisi Allah.
Syahmie di sebelah kubur abangnya. |
Ini kubur arwah mak mentuaku. |
Ini kubur ayah mentuaku. |
No comments:
Post a Comment