Bahagian 5 (Akhir)
Kami bersembang panjang kat rumah Makcik Doyah. Sambil makan-makan, sambil minum-minum, sambil lepak-lepak merehatkan badan yang keletihan. Sementara yang lain sibuk bersembang, aku sibuk melayan serbuk asam limau kasturi yang sangat sedap bukan kepalang. Aku ingatkan Kak Bainah buat sendiri. Rupanya dia beli entah kat mana entah. Setelah lebih kurang sejam kat situ, barulah kami mintak diri untuk pulang.
|
Di rumah Makcik Doyah. Bersembang dengan Kak bainah dan Kak Mutingah. |
|
Serbuk asam limau kasturi yang luar biasa sedapnya. |
|
Membincangkan pasal isu hangat dan hangit. |
|
Kak Bainah membuka cerita. |
|
Semua orang memberi sepenuh tumpuan kepada kisah Kak Bainah. |
|
Dengan Makcik Doyah. |
|
Masih dengan Makcik Doyah. |
|
Jom kita pulang. |
|
Meninggalkan Ulu Tiram. |
Malam hari kat rumah Pian, ada masak barbeque. Sementara kaum ibu keluar membeli-belah kat shopping mall, Abang Zai dan Pian memulakan aktiviti membakar ayam di atas grille. Ya, malam tu kami makan ayam bakar! Aku sekadar memberi peransang dan motivasi kepada Abang Zai dan Pian untuk meneruskan aktiviti memanggang ayam dengan penuh bersemangat dan berdedikasi. Abang Zahid pun turut memberi sokongan terhadap kegiatan yang sihat ini.
Setelah masak, kami pun makanlah dengan penuh kesedapan dan gembiranya. Memang sedap sungguh ayam bakar barbeque buatan sendiri ini. Ada sedikit lauk pauk siang hari yang nampak gayanya masih elok lagi. Jadi aku pun makanlah lauk siang tadi penuh berselera. Bila malam semakin larut, aku dan yang lain-lain pun masuk tidurlah dengan selamatnya.
|
Abang Zai sedang panggang ayam. |
|
Ayam barbeque yang hebat. |
|
Memastikan tiada ayam yang masih hidup di atas grille. |
|
Arif dalam kereta sorong yang ditambat. |
|
Abang Zai menggunakan batang serai yang sangat besar. |
|
Sudah hampir masak. |
|
Bersembang dua biras yang paling akrab. |
|
Tetiba Pian terperasan ada sekor ayam masih hidup dan bergerak-gerak. |
|
Pian pun terus mencucuk ayam tadi dengan penyepit besi sampai mati. |
Pagi hari kami bangun awal. Sangat awal. Perut aku sakit memulas-mulas. Bagaikan buah pulasan. Adakah ini kerana membedal lauk siang semalam? Aku pun tak tau. Yang aku tahu, Abang Zahid pun mengalami masalah yang sama. Aku terpaksa ambil nombor giliran kat belakang Abang Zahid sebelum dapat masuk kat dalam tandas. Aku ulang masuk ke tandas lagi sebelum bertolak ke Kuala Lumpur pagi tu. Malah masa kat R&R pun aku terpaksa pergi melabur sekali lagi. Bukan aku saja yang kena masuk bank, Syahmie dan Amier pun turut ikut jejak langkah aku jugak. Lepas semua orang dah settle-kan urusan masing-masing kat tandas, barulah kami sambung perjalanan ke KL dengan lebih selesa. Kami sampai Ampang kira-kira time tengah hari. Syukur. Kami telah selamat tiba.
TAMAT.
|
Di R&R. Masa ni aku dah beres berurusan di bank. |
|
Sarapan pagi. |
|
Amier makan nasi lemak. |
|
Masa untuk bergerak. |
|
KL here we come! |
No comments:
Post a Comment