Aku baru je buat pengemas kinian folder-folder gambar kat komputer aku. Dan terjumpalah gambar lama ni yang masih belum di-publish dalam blog. Gambar-gambar ni diambil pada bulan Februari tahun ni selepas kami main badminton kat Ampang Jaya. Semua ni kaum keluarga aje. Kami berhenti main badminton kejap pada bulan puasa dan bulan raya. Setelah berehat dua bulan, sambung balik main dua minggu lepas. Nak dapat balik momentum tu memang agak sukar jugak nampak gayanya. Minggu lepas aku datang ke gelanggang cuma ditemani oleh Abang Zahid dan Abang Zai aje. Semua geng-geng otai. Yang muda-muda semua tak dapat hadir pasal bekerjalah, sambung belajarlah, berniagalah, cari pasangan hiduplah, lepak dengan kengkawanlah, dan macam-macam lagilah.
|
Pak Long Zai dan Kois (sebelum berumah tangga dan pindah rumah ke Dengkil). |
Dua minggu lepas masa kami baru start balik main badminton, aku punya penat tak payah nak ceritalah. Baru pasang net dah termengah-mengah. Bila warm-up pulak terus kena sedut oksigen. Lima tangki oksigen habis. Itu belum main lagi. Bila main, siap kena panggil ambulan, dan bomba. Malah lori kren pun siap datang jugak! Tapi itu kisah dua minggu sudahlah. Pada hari Rabu lepas, dah masuk kali kedua kami main selepas rehat. Masa tu stamina dan skil aku dah mula datang balik perlahan-lahan. Yes! Tunggulah minggu-minggu seterusnya. Barulah syiok nak main badminton. Tapi... aku nak menyeru kepada sekelian remaja zaman ini, "Wahai anak muda, jomlah kita main badminton kat gelanggang balik. Sekarang tinggal tiga orang otai aje yang dah tak berapa nak larat. Korum tak cukup. Kalau ada lapang, jomlah datang main! Sekian terima kasih."
|
Akid dengan gaya Karam Singh Walia. |
|
Sepupu-sepapat beramah mesra. |
No comments:
Post a Comment