Masih kisah sambutan Hari Ibu di Hotel Corus. Isteriku dan Wanie yang agak kepenatan setelah main game buah epal telah duduk berehat seketika sambil menyambung makan dan minum. Aku masih terus-terusan menjamu selera kerana aku tau akan ada game lain yang dianjurkan pihak hotel. Dan kali ini mungkin aku kena ambil bahagian pulak.
Sabriena dan mama sangat happy. Terserlah pada wajah mereka. |
Farid dan mamanya. |
Menanti acara selanjutnya. Makan lagi ke? |
Wajah seiras anak beranak. |
Ibu dan anak. |
Ibu dan dua anak perempuan. |
Kami tiga beradik dengan ibu. |
Isteriku dengan anak-anak. Syahmie tak dapat join pasal dia kat sekolah asrama. |
Semua orang happy, pasal semua orang suka makan. |
Rehat seketika sebelum sambung makan. |
Dah kenyang sebenarnya. |
Cup cake hari ibu. |
Sementara menanti acara selanjutnya dijalankan oleh pihak hotel, kami ber-posing dulu kat back-drop hotel ramai-ramai. Dan kemudian sambung makan lagi. Sambung minum lagi. Itu ajelah aktiviti yang boleh dan mampu kami lakukan buat masa ni.
Bergambar satu keluarga. |
Kakakku terfikir nak minum air barli pulak. |
Minum air spesel dalam mangkuk. |
Seperti yang aku jangka, pihak penganjur telah memanggil para peserta untuk masuk pertandingan yang selanjutnya. Aku dan isteriku dengan suka rela berkejaran ke bahagian depan untuk menyertai game yang disediakan. Game kali ini melibatkan belon. Alamak! Aku ni bab-bab meniup belon memang kalah sikt, pasal nafas pendek. Jadi wife akulah yang terpaksa meniup belon. Dua biji belon semuanya. Belon yang telah ditiup perlu dipecahkan dengan meletakkan belon tersebut di belakang para peserta. Belon yang dibekalkan kepada kami punyalah liat. Susah betul nak pecah, macam getah sekerap liatnya. Akhirnya, isteriku terpaksa menggunakan kukunya untuk memecahkan belon tersebut. Rupanya peserta lain pun berbuat perkara yang sama. Dan untuk pertandingan kali ini, kami telah menjadi juara. Ya, juara!!! Aku sangatlah gembira sampaikan aku terlepas cakap kepada semua hadirin-hadirat kat hotel tu, "Makan, makan semua! Jangan malu-malu. Hari ni saya belanja!! Ha ha ha...!!!" Tetiba wife aku mengingatkan aku, bahawa mana aku ada banyak duit nak belanja orang ramai-ramai tu makan kat hotel. Ya tak ya jugak. Maka aku terpaksa tarik balik pelawaan aku tadi dengan berkata, "Maaf tuan puan sekelian. Saya tak jadi belanja anda semua pasal saya tau anda tentu teringin nak bayar sendiri. Tambahan pulak, saya bukan bodoh. Saya bukan bodoh. Saya bukan bodoh!!!"
Bersedia untuk pertandingan Fear Factor. |
Kena pegang belonlah pulak. |
Ini belon ke bola sepak? Punyalah payah nak meletup. |
Meniup belon dengan penuh semangat. |
Aku menanti sampai belon tu membesar. |
Okay, dah cukup besar tu! |
Kasi ikat itu belon. |
Jom kasi pecah pulak. |
Yes! Belon sudah pecah! |
Sebijik belon lagi aku sorokkan dalam baju. Hi hi... Nampak tak? |
Hadiah melancong ke Los Angeles, Switzerland dan Australia - sepuluh hari sepuluh malam. |
Kami sangat teruja mendapat hadiah jambak bunga besar serta kupon untuk kesihatan badan yang macam spa. Tak kiralah apa pun hadiahnya. Janji kami memang hadiah pertama. Setelah cukup makan dan cukup minum, kami pun pulanglah ke rumah dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada adikku yang telah membelanja kami makan kat hotel. Semoga murah rezeki dan penuh keberkatan.
Tiga orang ibu. |
Ibu dan isteriku. |
Semua ibu sangat happy. |
Kakakku happy dapat bunga. |
Masing-masing dapat bunga. |
Ibu tersayang. |
Kakak tersayang dengan senyuman spesel. |
Ibu dan bunga. |
Pakcik clown masih nak bergambar. |
Masa untuk packing dan pulang. |
No comments:
Post a Comment