Rabu lepas kami main badminton lagi. Kali ni lebih ramai yang datang, pasal aku dah merayu kat dalam blog sebelumnya agar ramai anak-anak muda menjinak-jinakkan diri dalam kancah permainan badminton tahap profesional. Ardi datang dengan Zila. Abang Zahid bawak Wawan dan Abby yang membawa kawannya, Hanif. Lebih dari empat orang players yang datang. Ini sudah merupakan satu perkembangan yang bagus.
Hanif (disyaki menjadi dalang black-out pada malam tu) dan Wawan. |
Walaupun Abby dah lama tak turun ke gelanggang, tapi bisanya masih terasa. Hanif pulak nampak gayanya merupakan pemain yang hebat jugak, cuma rehat dua bulan serta pakai reket orang lain mungkin telah menyebabkan performance-nya agak kurang menjadi pada malam tu. Tapi aku sangat puas hati dengan kedatangan pada kali ini. Tapi... ada benda lain pulak yang berlaku!
Wawan, Abby dan Hanif sedang minum-minum selepas habis game. |
Sedang kami syioknya main pada jam pertama, bila masuk aje jam kedua, tetiba dewan black-out. Lampu terpadam. Maka pakar-pakar elektrik dan security guard telah masuk campur untuk menyalakan balik main switch yang dah terpadam. Bila on balik, suis akan mati sendiri setelah beberapa minit. Berulang-ulang kali ia terjadi macam tu. Lampu mana yang bermasalah, kami pun tak tahu. Kami seolah-olah main badminton dalam suasana lampu kelip-kelip - kejap on, kejap off. Macam suasana Hari Raya pun ada jugak (pasal lampu kelip-kelip tulah). Lalu kami putuskan untuk bakar lemang dan bakar meriam buluh sempena suasana Hari Raya berkenaan. Begitulah suasana kami main badminton hingga jam di dinding dewan menunjukkan pukul 12 malam.
Minggu hadapannya, ada lagi sorang kawan Abby yang join kami. Namanya Kalis. Dia memang kalis peluru dan kalis air. Kalis pun main kira okay jugak. Pada malam tu aku main agak bersungguh-sungguh sikit pasal team kami ada players yang hebat macam Abby dan Hanif. Sangat puas aku main. Maknanya aku kenalah berusaha untuk menaikkan taraf performance aku agar setanding dengan players yang hebat tu. Semoga mereka terus datang pada minggu-minggu berikutnya.
Turut hadir ialah Zila, Ardi, Abang Zai dan Abang Zahid. |
No comments:
Post a Comment