Kira-kira lebih seminggu yang lepas, dalam keadan hujan tak berapa lebat, aku pergilah ke ofis dengan memandu kereta Wira ayahku. Kereta Wira aku aircond rosak. Jadi , kalau musim-musim hujan ni elok bawak kereta yang ada aircond, supaya tak berkabus dalam kereta yang hanya mengaburi pemandangan drebar.
Kereta yang tersadai di tepi highway. |
Lepas hantar wife aku kat ofis dia, aku terus meluru ke ofis aku pulak. Masuk jer Jalan Loke Yew, tetiba kereta aku mati enjin. Bateri kong habis. Aku terpaksa keluar dan menolak kereta ke tepi jalan. Mujur ada dua orang polis trafik yang lalu kat situ. Diorang tolong tolak kereta aku di tengah hujan hingga sampai ke tepi sebuah hotel. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka dengan berkata, "Tremma kassey!!!" ala-ala gaya David Arumugam Alleycats.
Aku gunakan sign board orang kahwin untuk suruh para pemandu berhati-hati. |
Lama jugak aku menunggu kat situ, sambil memikirkan apa yang patut aku lakukan di tengah hujan ini. Setelah sekian lama menunggu (ada dekat kira-kira tiga minggu jugaklah), aku pun mencuba start kereta. Dan vrooommm.... Enjin keretaku hidup semula. Aku pun terus memandu menuju ofis tanpa berasa segan dan silu. Kira-kira tak sampai satu kilometer jauhnya dari ofis, kat tepi Federal Highway, enjin keretaku mati lagi. Aku pulak mati kutu sekali lagi. Aku cuma mengharapkan bateri keretaku akan ada power semula sekiranya aku bagi tempoh berehat seketika. Masa tu pun hujan dah berhenti turun. Setelah berehat kira-kira tiga bulan lamanya dalam kereta, aku pun cuba try hidupkan enjin kereta semula. Dan....... kik kik kik... bunyi enjin yang tak mau nak start. Terus aku mati akal, tak tau nak buat apa.
Aku cuba tahan kereta tepi jalan sambil memegang jumper cable. Maknanya aku nak minta tolong sesiapa yang sudi, tolonglah jump bateri kereta aku. Banyak orang yang lalu lalang enggan berhenti. Mungkin masa tu muka aku tengah bengis ganas. Maklumlah, dah berabad lamanya tercegat kat tepi highway dengan kereta yang rosak. Diorang mungkin takut aku rompak mereka kot. Bila aku hampir putus asa, tetiba ada sorang pakcik tua yang bawak keluarga, memberhentikan keretanya untuk membantu aku. Aku pun jump-lah bateri kereta. Dan enjin kereta aku pun dapat dihidupkan. Tapi cuma seketika saja. Lepas tu mati balik. Maknanya bateri kereta aku memang dah betul-betul flat lah tu. Dan alternator pun dah sewel pulak lagi. Anyway, aku ucapkan terima kasih kepada pakcik tadi dengan berkata, "Tremmmaa kassseeey!!!" Amalan pakcik tadi patut dijadikan contoh buat semua anak muda di dunia ini.
Keretaku masih tersadai tanpa bantuan. |
Setelah termenung untuk sekian lama, tetiba muncul pulak sorang mamat keturunan Hindustan, naik motor yang mendakwa dia adalah foreman kereta. Cakap Melayunya sangat fasih. Bersungguh-sungguh dia kempen kebolehannya kepada aku. Dan cuba meyakinkan aku bahawa harga khidmat membetulkan keretanya sangat berpatutan. Aku tak ada pilihan lain melainkan terpaksa memberikan peluang kepadanya untuk me-repair kereta aku. Dia pun bukak alternator kereta aku yang dah jam, dan balik ke bengkel untuk mendapatkan alternator second hand untuk dipasang kat kereta aku. Proses menunggu dan menyiapkan repair kereta aku tu kira lama jugaklah. Kalau aku bela telur ayam, telur ayam tu siap dah boleh menetas, dan ayam tu siap dah boleh membesar dan siap boleh bertelur lagi. Macam tulah dia punya lama. Bila dah siap, aku bayar mamat tadi dengan harga yang telah dipersetujui. Dan mamat tadi pun mengucapkan terima kasih kepadaku dengan berteriak, "TREMMMAAA KASSSEEEYYYY!!!!!" sambil berlenggang lenggok macam dalam filem cerita Hindustan. Tapi aku bersyukur. Lepas repair kereta, dan lepas melayang duit aku dua ratus lebih, aku dah boleh pandu kereta ke ofis dan boleh pulang ke rumah dengan selamat.
Menanti di bawah flyover. Tak pernah aku melepak lama kat bawah mana-mana flyover. |
Tapi baru semalam, alternator kereta aku tu jam lagi. Kali ni bahagian lain kereta tu turut jam. Air-cond, kipas, power steering, semua jadi sewel. Adus! Kereta aku tersadai lagi kat tepi jalan waktu maghrib...
Gambar landskap yang aku ambil sementara menanti lama. |
Lawa jugak seni taman semula jadi kat bawah jalan ni rupanya. |
No comments:
Post a Comment