m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, April 12, 2012

Mari buat kuih bersama Snowcat

Amalan kami sejak kebelakangan ni ialah membawa masuk ke bilik enam ekor anak Snowcat yang masih muda belia. Bagi diorang lepas bebas dalam bilik, sambil main-main. Biar nanti diorang kenal tuan dan tak takut dengan kami. Sekarang kami tak boleh lepaskan mereka terus pasal ada ancaman dari kenderaan yang laju kat jalan depan rumah. Kena tunggu diorang besar sikit baru boleh lepas. Untuk mengelakkan mereka berasa takut, kami bawak jugaklah emak dia masuk dalam bilik. Acara yang macam ni kami cuma amalkan sekali seminggu aje.

Wajah Snowcat yang maintain innocent.
Setelah agak lama kucing-kucing kami berada dalam bilik, tiba-tiba Snowcat mengiau-ngiau minta keluar. Berlegar-legar dia kat depan pintu bilik kami. Aku buat tak layan aje. Aku suruh dia hang-out lebih lama dengan anak-anak dia yang sangat nakal tu. Setelah sekian lama merayu, dan aku masih enggan membuka pintu, lalu Snowcat naik atas katil double decker. Pun kami biarkan. Asalkan dia tak keluar bilik. Selang beberapa minit lepas tu, kami terhidu sesuatu yang bagaikan hebat tetapi penuh kesyahduan. Bau apakah itu? Adakah bau orang membakar sate? Ataukah ianya bau haruman bunga sundal malam? Kami tanya Amier dan Wanie yang kebetulan ada jugak kat bilik. "Amier atau Wanie kentut ya?" "Tak!!" jawab Amier dan Wanie serentak. Lalu aku jengah ke atas katil double decker. Arrrrghhhhhhkkkkk!!! Lidahku terkelu dari berkata-kata. "Snowcat berrrraaaaqqque...!!!" Dan bauan itu semakin lama semakin kuat dan menusuk ke lubang hidung kami yang tak berapa besar. Cepat-cepat aku bukak pintu bagi Snowcat keluar, dan masukkan balik anak-anak Snowcat ke dalam kandang.

Dalam keterpaksaan, aku bungkus kuih tradisi Melayu tu dalam surat khabar lama dan masukkan ke dalam plastik untuk dijaja. Oops, maksud aku untuk dibuang. Kami tak marah Snowcat. Sesiapa pun kami tak marah. Salah kami sendiri kerana tak dapat memahami isyarat yang diberikan Snowcat. Dulu masa aku kecil, pernah jugak terjadi kucing aku berak ketika dalam dukungan aku. Hu hu hu... pengalaman yang hampir sama berulang kembali. Dan aku nengok raut muka Snowcat sangat lega dan penuh kepuasan.

Ketika aku keluar rumah untuk membuang najis Snowcat, aku terdengar dialog berikut di antara Snowcat dan kucing jiran bernama Black:

Black: Tuan aku sayang aku. Hari-hari dia bagi makan sedap-sedap kat aku.
Snowcat: Tuan aku lagi sayang kat aku. Hari-hari dia bagi aku berak kat tilam dia.

No comments:

Post a Comment